ULAMAK AKHIR ZAMAN : MENCARI KEUNTUNGAN DENGAN MENJUAL AGAMA DEMI KEPENTINGAN DUNIAWI

MEREKA INI TELAH DENGAN BEGITU TAKSUB DISOKONG, DIDOKONG DAN DIANGKAT KONON ULAMAK PEWARIS NABI.
SUCINYA MEREKA INI KEPADA PENGIKUTNYA SEOLAH BERSIFAT MAKSUM SETARAF NABI.

MEREKA INI TELAH  :

-Menyebabkan Umat Islam telah berpecah belah sehingga berlaku kafir-mengkafir sesama Islam.
-Memperalatkan hukum Allah sesuka hati demi kepentingan sendiri.
-Halal dan Haram mereka tentukan sendiri.
-Memesongkan ayat2 suci Al-Quran dan Hadis.
-Menyamakan sifat2 Allah dengan sifat manusia.
-Menjual Kalimah Allah kepada kaum kafir..!!!
-Bekerjasama dengan kafir harbi yang dengan terang dan nyata menentang Ajaran Islam hanya untuk meruntuhkan kerajaan ya g dipimpin oleh Pemimpin Islam di negara yang diiktiraf sebagai Negara Islam .

SIAPAKAH MEREKA YANG BEGITU TAKSUB DISANJUNG TINGGI DAN DIGELAR KONON ULAMAK TERSOHOR OLEH PENGIKUT2NYA INI...???

KENALI SIAPA MEREKA..!!! 




Sabda Rasulullah saw dalam satu hadis riwayat Baihaqi yang mafhumnya "nanti akan datang satu zaman didalam waktu terdekat dimana Islam itu tidak tinggal melainkan hanya namanya sahaja. Dan tidak tinggal didalam Al Quran kecuali huruf dan tulisannya sahaja. Masjid-masjid mereka cantik dan megah, tetapi sunyi daripada petunjuk. ULAMAK mereka adalah antara manusia yang paling jahat diantara manusia yang ada dimuka bumi ini. Dari para ULAMAK ini akan muncul pelbagai fitnah, dan kepada mereka kembalinya fitnah itu" !!!

“Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah SAW bersabda: “Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat dari kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang banyak, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, “Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim (cendikiawan) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu).” (HR At-Tirmizi)

Sabda Rasulullah SAW.
“Wailun li -ummatii min ‘ulamaa- is Suu’ ”.“ Rosaknya perilaku ummatku adalah berpunca dari perbuatan ORANG2 PANDAI AGAMA yang TIDAK DAPAT MENAHAN SEGALA KEINGINAN HATINYA ”

Ciri-ciri Ulama’ Suu’. (Orang orang yang pandai, alim tetapi berfikiran jahat).
1. Bersabda Rasulullah saw,” Ulama’ itu adalah kepercayaannya Rasul , selama dia itu tidak bercampur gaul dengan Sulthan dan dia tidak dimasukkan ke dalam urusan dunia… Maka tatkala dia bercampur dengan Sulthan dan menyampuri urusan duniawi, maka sesungguh dia itu telah berkhianat kepada Rasul. Maka berhati-hatilah terhadap mereka”.
(Hadits dari An Anas rawahu ‘Aqili.Kitab Jami’us shogir )

ORANG ORANG YANG PANDAI DALAM ILMU AGAMA SELAGI DIA TIDAK BERGAUL DENGAN PEMERINTAH KECIL ATAU BESAR , DAN TIDAK TERLIBAT DALAM URUSAN POLITIK DUNIANYA ATAU DALAM KERAJAAN SESUATU BANGSA DAN NEGARA, MAKA SELAMA ITULAH ORANG ORANG INI MASIH SELAMAT JIWA RAGANYA DAN RATA RATA MASYARAKAT MASIH MEMBERIKAN KEPERCAYAAN SETULUS HATINYA. TETAPI JIKA PARA ALIM ULAMA INI SUDAH BERGAUL DENGAN PARA PEMERINTAH DAN MENCAMPURI URUSAN POLITIK DUNIANYA MAKA ramai pun yang sudah kurang percaya dengan kata katanya. Dengan sendirinya orang tidak akan menjadikan si alim itu sebgai tempat rujuknya lagi kerana sudah kurang dan ada kalanya langsung tidak percaya lagi…inilah hakikatnya.. Itulah pengertian BERKHIANAT DENGANKU..Berbeza pula pada pandangan saya mengenai ulamak atau orang orang alim tertentu yang tidak suka melibatkan diri dalam politik israel ini lebih menjadi tumpuan ramai..
Kenapa jadi begini..Apabila seorang ahli agama berdamping dengan raja yang zalim atau fasiq maka dia akan mengikuti segala keinginan dan kehendak para penguasa politik itu. Kenapa…Kalau alim ulama ini tidak menyediakan perkara atau apa sahaja yang menyokongnya untuk mengekalkan kuasa pemerintahan atau perbuatan yang syubhat itu, maka hilanglah tempat cari makan dan periuk nasi sumber mengumpulkan kekayaan dan pangkat. Hanya pemerintah yang boleh memberikan pangkat Dato’,orang kebanyakan tidak layak berbuat demikian..Kenapa suka dengan wang, kuasa dan pangkat serta gelaran ? ..Jawablah sendiri..

2. Memiliki ilmu tetapi tidak mengamalkan ilmunya.
Bersabda RAsulullah saw ,” Kerusakan bagi orang yang alim yang tidak mengamalkan ilmunya ”.

Mereka memiliki ilmu “bersedekah”, tetapi mereka rasa tamak dan kedekut, atau mahu membantu tetapi mengharapkan beritanya tersebar melalui corong mikrofon, sembang di pasar atau di dalam berita TV, surat kabar, dll. Qiaskan wahai saudaraku muslimin muslimat..pada perkara menyentuh dan menyakiti hati muslim yang lain dan larangan menyakiti hati walaupun orang kafir di dalam hadith yang lain. Marilah kita semua mengamalkan ilmunya, jangan sakiti walaupun haiwan melata tetapi kita menggembirakannya walaupun kita miskin tanpa harta di dunia..

3. Bersabda Rasulullah saw ,” Barangsiapa menuntut ilmu dan dengan ilmunya itu nanti nama keilmuan dirinya akan tersebar meluas di kalangan masyarakat ramai – ‘di kampung atau di bandar..”,

Keterangan Hadith : “ Mereka mencari ilmu bukan semata mata menuntut redha Allah, menjalankan perintah Allah dan Rasulnya, melainkan untuk mencapai kemasyhuran dan menjadi terkenal dengan kebijaksanaan dirinya berpidato atau berceramah di atas pentas termasuk di depan lanser kamera..perbuatannya pergi balik untuk belajar ilmu itu sangat baik baik..tetapi selitan niat yang jahat di dalam hati sanubarinya itu yang merusak segala galanya..

4. Bersabda Rasulullah saw , “ atau supaya dengan ilmunya itu mereka kelihatan menonjol di mata orang-orang bodoh”,

Mereka khuatir dikata bodoh, sehingga mereka menampakkan seolah-olah mereka adalah termasuk golongan orang yang berilmu tinggi.. Maka, mereka akan tampak menonjol dimata orang-orang yang bodoh. Tetapi di hati para yang a’rif billah hanya berada dalam pandangan disudut tepi mata kirinya sahaja bahkan memandang pun tidak sudi..kenapa.. Bukan ilmu yang dia lihat tapi syaitan syaitan iblis yang melingkarinya..sedarilah wahai saudara saudaraku wal ‘iyazubillah min zaalik.

5. Bersabda Rasulullah saw , “ atau supaya dengan ilmunya itu orang-orang banyak tertarik kepadanya ”.
Atau dengan menyampaikan ilmunya, mereka hanya ingin supaya orang-orang lainnya tertarik padanya dan menjadikan dirinya kiblat ilmu.. Dan bukan untuk menjalankan perintah Nabi untuk syiar agamanya.

Bersabda Rasulullah saw , “Allah subhanahu wata’ala akan memasukkan orang orang itu ke dalam Neraka.”
(hadits rowahut tirmidzi, kitab Jami’us soghir) maksud hadis di atas...

Ulasan

Catatan Popular