PRK DUN SG.LIMAU : SOKONGAN LEBIH MEMIHAK CALON BN



4hb November 2013 bakal menjadi penentu sama ada PAS melalui calonnya Ustaz Azam Samat akan dapat mengekalkan kerusi DUN Sg. Limau atau Barisan Nasional melalui calonnya Dr. Ahmad Sohaimi Lazim akan merampas kerusi DUN tersebut.

Namun, berdasarkan laporan hasil tinjauan yang dilakukan oleh berbagai pihak terutama media massa dan tidak terkecuali laporan penggiat media sosial, kebanyakan laporan sehingga saat ini condong menyebelahi Dr. Ahmad Sohaimi Lazim, Calon BN.

Antara Faktornya ialah:

1- Ustaz Azam Samat, Calon PAS walaupun juga anak tempatan, namun, beliau kurang dikenali oleh penduduk setempat atau lebih tepat lagi para pengundi di Sg. Limau.

2- Dr. Ahmad Sohaimi dikatakan jauh lebih popular bukan sahaja dikalangan ahli UMNO malahan pengikut2 PAS kerana sikapnya yang amat disenangi oleh segenap lapisan masyarakat setempat.

3- Dr. Ahmad Sohaimi juga mempunyai kelebihan kerana beliau merupakan seorang bekas tenaga pengajar Pondok Pak Ya. Rata2 masyarakat yang ditemui termasuk pengikut PAS dikatakan lebih cenderung untuk memilih Calon BN ini kerana beliau lebih dikenali lama dan cukup dihormati oleh warga penduduk persekitaran Pondok Pak Ya  kerana jasa dan sumbangannya untuk aktiviti pengajian di Pondok Pak Ya tersebut.

4- Para pemimpin PAS yang hadir juga dikatakan tidak membantu kempen untuk calon tetapi lebih kepada hanya datang mencari publisiti dan berkempen untuk diri masing-masing merebut jawatan pemilihan dalaman PAS yang akan diadakan tidak lama lagi.

5- Sokongan Para Pemimpin PAS kepada DAP dan PR dalam kemelut tuntutan penggunaan Kalimah Allah oleh Kristian juga masih menjadi satu isu yang hangat dan dikatakan sebahagian besar pengikut PAS di Sg. Limau akan beralih arah memberi sokongan kepada Calon BN.

6- Selain Dr. Ahmad Sohaimi, MB Kedah, Datuk Paduka Mukhriz Tun Mahathir juga menjadi faktor penyumbang. Keramahan dan keprihatinan MM terutama hubungan akrabnya dengan Allahyarham Tan Sri Azizan cukup mempengaruhi warga penduduk Sg. Limau.

Untuk rekod, Ahli UMNO di Sg. Limau berjumlah 7,833 ahli. Namun, pada PRU13, BN telah mendapat 10,540 undi. Rekod ini menunjukkan bahawa sokongan terhadap BN amat membanggakan.

Berdasarkan kelebihan-kelebihan ini, InsyaAllah, harapan untuk BN memenangi Kerusi DUN Sg. Limau dengan majoriti besar amat cerah.

Ulasan

Catatan Popular