MEMAHAMI GST : KERAJAAN TIDAK MEMBEBANI RAKYAT..!!! USAH DITIPU OLEH PAKATAN RAKYAT..!!!

Mulai April 2015, Cukai Barang & Perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan pada kadar enam peratus. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat hari ini.

Serentak dengan itu, cukai jualan dan cukai perkhidmatan dimansuhkan. 

Pelaksanaan GST adalah tertakluk kepada perkara berikut:-

1. Perlaksanaan hanya berkuatkuasa pada 1 April 2015.

2. Penghapusan cukai jualan dan cukai perkhidmatan dan menggantikan dengan GST

3. Kadar GST 6% (berbanding cukai jualan dan cukai perkhidmatan antara 5% - 10%)

4. Mengecuali barangan asas (keperluan) seperti beras, gula, garam, minyak masak, malah budu dan belacan dari dikenakan GST

5. Penggunaan elektrik dan air untuk 200 unit pertama dikecuali dari GST.

Selain dari perkara-perkara di atas, pengangkutan awam dan perkhidmatan kewangan juga turut dikecualikan dari GST.

Insentif RM300 juga turut dicadangkan kepada mereka yang telahpun sedia ada tersenarai dalam penerima BR1M bagi bantuan bila GST berkuatkuasa.


Ulasan

Catatan Popular