PAS PERSOAL KEHILANGAN 44 PUCUK PISTOL MILIK PDRM

Nor Azizuddin Abdul Manan wrote:

PAS persoal kehilangan 44 pucuk pistol milik PDRM - Akhbar Harakah edisi bercetak.

Pak-pak lebai dalam PAS mungkin terlupa bagaimana kehilangan RM46.5 juta duit KOHILAL. Setakat hilang 44 pucuk pistol, masih ok lagi, satu pistol tuh bukan harga sejuta pun, kerajaan masih boleh beli sejuta lagi pucuk pistol habuan nak tembak punggung puak2 Pakatan (khasnya yg membantah PCA) but duit KOHILAL tu milik 20,000 ahli PAS yang buta-buta diperdajalkan dengan KOHILAL, organisasi milik PAS. Yang tu awat yang tak persoalkan, tak ada audit ker kemana pergi duit tu ?, bukan sikit duit, bukan sikit ahli yang terlibat, 20,000 orang, boleh penuh satu Stadium Darulaman. PAS nie gebang ajer lebih, nak persoalkan LAN 2012. Audit dulu KOHILAL, itu pun kalau masih wujud ler. Kalau dah dah ghuyub, nasib padan la.

*******************

*Lawak antarabangsa yang dilakukan oleh KOHILAL, ialah membuat pelaburan dalam industri burung Unta sebanyak RM8.9 juta. Saya x pasti samada burung2 unta itu masih hidup atau sudah dipanggang buat santapan pemimpin2 PAS. Dimana ladang burung unta itu pun tidak pernah didedahkan hatta JPK dalam siasatan penyelewengan KOHILAL, tidak tertera dimana letaknya ladang burung unta milik KOHILAL. - Pelaburan gagal, duit pun lesap.

*KOHILAL melalui anak syarikatnya, KHSB telah membeli saham MAS sebanyak RM9 juta, yang nampak munafiknya, bukankah Mat Sabu dengan lantang mengutuk sesiapa yang membeli saham MAS adalah HARAM kerana MAS menghidangkan arak dalam flight. Tapi anak syarikat KOHILAL beli saham MAS dengan harga RM9 juta, errr.....HARAM ker SEPARUH HALAL ?.

*Ummah Management Asset milik KHSB yang mengutip (baca : menyonglap) dana (hakikatnya mengutip "dana" daripada ahli2 PAS) daripada KHSB sebanyak RM3.3 juta, sudah kemana duit itu pergi ?, ke dah jadi taik ?.

*******************

Cukup ler setakat ini saya story morry bab PAS mempersoalkan kemana hilang 44 pucuk pistol. Bagi PAS pistol lebih penting daripada duit KOHILAL (nak susah apa kan, every night PAS kutip "DANA").

Teringat saya dengan kata-kata Timbalan Presiden PAS (VP X-men), Mat Sabu mengatakan bahawa, " Duit bukan segalanya, tetapi segalanya memerlukan Duit". 

So, selamat berijtima' Tarbawi 3.0 untuk rakan2 lama dalam PAS di Pagoh, Johor.

Ulasan

Catatan Popular