Siri 3 : DNS- SEJARAH SEORANG PEJUANG SEJATI YANG "DIPENUHI TANGISAN BUKAN SENYUMAN"


Datuk Nasir Safar memang sebenar-benarnya seorang Pejuang Sejati UMNO yang hasrat dan tekadnya begitu jelas penuh keikhlasan dengan gaya yang amat beretika dan terhormat berjuang mengembalikan UMNO ke landasan yang sebenar.

Datuk Nasir Safar berusia hampir sebaya dengan usia UMNO itu sendiri. Langkah pertama perjuangannya bersama UMNO adalah berbekalkan semangat, keikhlasan dan keyakinan yang amat tinggi untuk memperjuangkan nasib bangsanya.

Beliau bukan berasal dari keluarga kelas atasan. Hanya berpendidikan peringkat rendah di zaman sebelum kemerdekaan. Untuk mencari sesuap nasi ketika zaman mudanya, Datuk Nasir Safar bekerja sebagai buruh kasar di tengah panas terik matahari menanam pokok bunga di sepanjang jalan raya di Daerah Pontian, Johor.

Perjuangannya bersama UMNO bermula dari peringkat paling bawah bersama Pergerakan Sayap Pemuda di peringkat Cawangan. Mendaki ke peringkat Bahagian. Di peringkat bawah ini beliau telah diduga dengan berbagai cabaran permainan politik. Namun, segalanya dirempuh dan diharung dengan amat tenang, sabar, cekal dan penuh ketabahan yang hanya dimiliki oleh mereka yang benar-benar BERJIWA PEJUANG SEJATI. 

Sikap dan sifat Seorang Pejuang Sejati ini mendapat perhatian secara diam dari YAB PERDANA MENTERI, DATO' SERI MOHD NAJIB B. TUN HJ. ABDUL RAZAK yang ketika itu menerajui Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang begitu terkesan dengan semangat kental dan penuh keyakinan Datuk Nasir yang lantang mempertahankan kebenaran.

Sesungguhnya cabaran dan dugaan yang diterima bagi seorang yang benar-benar tulus dan ikhlas dalam perjuangannya bukan kepalang. Beliau pernah cuba disingkirkan dari UMNO BARU selepas UMNO diharamkan. Namun, beliau tidak pernah kenal erti kecewa dan dendam. Beliau tidak pernah sekelumit pun berniat meninggalkan UMNO. Perjuangan tetap diteruskan walau di mana jua beliau dihumban.

Sikapnya yang penuh ketabahan, kecekalan dan keikhlasan yang memancarkan sinar perjuangannya dan sinar pejuangnya itulah yang dilihat oleh Dato' Seri Mohd Najib dan Datuk Nasir telah dijemput untuk ditemukan dengan Dato' Seri Mohd Najib.

Bermula detik itu, perjuangannya lebih memancar dan diteruskan dengan sepenuh keyakinan atas kepercayaan yang diberikan oleh DS. Najib walau hanya berpendidikan tahap rendah.

"SESUNGGUHNYA PERJALANAN HIDUP DATUK NASIR DIPENUHI TANGISAN BUKAN SENYUMAN"

Ulasan

Catatan Popular