PRK DUN SG. LIMAU : PENGARUH MUKHRIZ HILANGKAN KEYAKINAN PAS

Populariti dan pengaruh MB Kedah, Dato Paduka Mukhriz terbukti amat membimbangkan PAS bagi menghadapi PRK DUN Sg. Limau kali ini.

PAS kini mula menyusun strategi khusus yang memfokuskan untuk memburukkan kredibiliti MM dalam kempen mereka kini.


Kalangan penganalisis politik berpendapat Pas mula merencanakan strategi bagi mengurangkan pengaruh politik Mukhriz pada PRK ini yang melibatkan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Dr Ahmad Sohaimi Lazim dan calon Pas Mohamad Azam Abd Samat.

  
Ini termasuk membangkitkan isu kononnya Mukhriz ditolak oleh anggota Umno sendiri ekoran kegagalan beliau merebut jawatan naib presiden pada pemilihan parti yang lepas, di samping mendakwa Menteri Besar itu masih dibayangi bapanya bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
   
Menurut mereka, Pas kelihatan gusar dengan gaya kepimpinan Mukhriz yang lebih mesra rakyat sekali gus mencerminkan personaliti yang hampir sama dengan bekas Menteri Besar Kedah Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak dari Pas yang merupakan penyandang kerusi DDun Sungai Limau sejak pilihan raya umum (PRU) 1995.
   
"Sifat yang mesra kepada rakyat adalah antara faktor mengapa Azizan begitu disenangi pihak kawan mahupun lawan. Dan Mukhriz bukannya cuba mengikut gaya Azizan kerana itu memang keperibadian dia sendiri," kata penganalisis politik Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Dr Nasrudin Mohamed kepada Bernama.


Nasrudin berkata Pas dilihat akan memanfaatkan sebaiknya peluang ini bagi mengembalikan keyakinan rakyat Kedah kepada mereka apatah lagi parti itu sedang mengalami penurunan populariti apabila negeri ini jatuh kembali ke tangan BN.

Namun, keadaan kini sudah cukup berbeza. Para pengundi kini jauh lebih bijak dan matang dalam menilai tambahan pula keyakinan ahli2 PAS sendiri mutakhir ini dikatakan sudah cukup goyah dengan PAS berkaitan beberapa isu yang telah tercetus terutama apabila pemimpin2 PAS menyokong kuat penggunaan Kalimah Allah oleh bukan Islam..!!!..

InsyaAllah, hasil keikhlasan dan kejujuran pemimpin UMNO/BN Kedah kini yang diterajui Mukhriz, BARISAN NASIONAL mempunyai peluang yang amat amat cerah untuk merampas DUN Sg. Limau dan warga masyarakat setempat sudah pasti akan mendapat pembelaan dan kemajuan dalam berbagai sudut yang selama ini telah diabaikan oleh kepimpinan PAS.

UNDILAH BARISAN NASIONAL.

Ulasan

Catatan Popular