MOHD FATHUL AZAM BIN MOHD HASIM TIMBALAN KETUA BAHAGIAN PPBM P125 PUTRAJAYA .

Assalamulaikum..wrt
Dengan lafaz Bismillahirrahmannirrahim, 

Saya dengan setulus hati tanpa sekelumit keraguan amat menyokong sepenuhnya sahabat saya Sdr. MOHD FATHUL AZAM BIN MOHD HASIM sebagai CALON TIMBALAN KETUA BAHAGIAN PPBM P125 PUTRAJAYA .
Beliau adalah antara pelopor dan penggerak terawal PPBM P125 PUTRAJAYA malah lebih awal jika dibandingkan dengan KETUA PENAJA BAHAGIAN PUTRAJAYA ini.

Menjadi antara penggerak paling awal sudah semestinya beliau telah berhadapan dengan bermacam rencah dugaan dan cabaran yang bukan alang kepalang. 
Tekanan dari luar dan dalam, menghadapi kerenah mereka-mereka hanya memetingkan kedudukan diri yang cuba memperkotak-katikkan kewibawaan beliau. Segala macam cabaran yang mendatang, beliau hadapi dengan amat tenang. Tak sedikit pun goyah semangatnya terus tabah berjuang. 

Beliau juga begitu tinggi pekertinya. Tidak memandang rendah pada yang di bawah, sentiasa menghormati Ketuanya. 

Kehadiran Dato' Seri Erwan Tahir ternyata menjadikan beliau semakin bersemangat dan sentiasa aktif merancang dan melaksanakan berbagai program di Cawangannya iaitu PPBM CAWANGAN WAWASAN UTARA DAN SELATAN hasil gabungan jitu bersama DSET, Cawangan tersebut telah jauh lebih aktif berbanding BAHAGIAN sendiri.
Akhir kalam, saya menyeru kepada semua pemilih di PPBM P125 PUTRAJAYA, CALON TERBAIK UNTUK KETUA BAHAGIAN SEMESTINYA CALON 03 Dato' Seri Erwan Tahir dan untuk lebih menyemarakkan lagi SUARA KEBANGKITAN PERUBAHAN WADAH PERJUANGAN PPBM P125 PUTRAJAYA, tanpa gundah ganjara, without fear or favor, 
CALON 02, SDR. FATHUL AZAM B. MOHD HASIM ADALAH CALON PALING TEPAT SEBAGAI TIMBALAN KETUA BAHAGIAN PPBM P125 PUTRAJAYA.

Sekian, terima kasih.

BERSATU, BERAMANAH, BERMARUAH

-Bbugatti_Husni Halim-

#PutrajayaBERSUARA
#BangkitBERUBAH

#Azam_02_TKB
#teamDSET

Ulasan

Catatan Popular