KENALI YB ZURAIDA KAMARUDDIN-----------------------------------------

KENALI YB ZURAIDA KAMARUDDIN
-----------------------------------------
Yang Berhormat Hajah Zuraida Kamaruddin (Jawi: ذورايدا بنت كامروددين; lahir 14 Mac 1958) merupakan ahli politik Malaysia dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia. Beliau ialah Ahli Parlimen Ampang, Selangor dari Parti Keadilan Rakyat. Dalam pilihan raya umum 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional, Azman Wahid dengan majoriti sebanyak 3,676 undi. Beliau memperolehi 26,995 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 23,319 undi.

Pada Pilihanraya Umum Ke-14, YB Zuraida telah memenangi kerusi Ampang sekali lagi dengan mengalahkan calon Barisan Nasional, Dr Rozaidah Talib dengan majoriti sebanyak 13,278 undi. Beliau mendapat undi sebanyak 41,969 berbanding Dr Rozaidah sebanyak 28,691.

LATAR BELAKANG
---------------------------
Mendapat pendidikan awal di Tanjong Katong, Girl School, Singapura

KERJAYA
--------------
Beliau mula berkhidmat dalam sektor swasta pada 1980 di Frank Small & Associates, Australia. Beliau menjawat jawatan Pengurus Kajian Kualitatif sebelum ke Chuo Senko Advertising (Japan) sebagai Pengurus Penyelidikan Pemasaran dan Perancangan Akaun. Selain itu, beliau pernah bekerja di American International Assurance (AIA), Saatchi & Saatchi Advertising, AVON (M) Berhad dan Flaireborne (M) Sdn Bhd.

Pada 1998, beliau menjadi perunding latihan dan motivasi memberi khidmat nasihat kapada organisasi seperti Petronas, Majlis Majlis Perbandaran, Oriflame, Nutrimetics, Shinetsu, Texas dan juga syarikat syarikat penyelidikan pemasaran, pengiklanan dan barangan.

Jawatan lain termasuk menjadi ahli Lembaga Pengarah Maahad Tahfiz Az-Zahra, Penasihat ALQAS Education & Charity Home, Penasihat GEMMA Humanitarian Relief dan Persatuan Pelajar Malaysia di Yaman. Beliau juga adalah pengasas dan pengerusi WIRDA yang mempunyai anggota di dalam dan luar negara. WIRDA menjadi Pusat Khidmat Masyarakat yang mengendalikan kaunseling dan perlindungan kepada golongan yang memerlukan termasuk ibu tunggal, musafir, mualaf dan remaja.

PENGLIBATAN DALAM POLITIK & PENTADBIRAN
---------------------------------------------------------------------
Selain memegang jawatan selama dua penggal sebagai Ahli Parlimen Ampang, Selangor, YB Zuraida adalah Ketua Wanita Pakatan Harapan Malaysia.

Beliau turut memegang jawatan sebagai Pengerusi Institut Wanita Berdaya (IWB) Selangor. IWB adalah sebuah badan pemikir Kerajaan Negeri Selangor yang bertindak sebagai perangka polisi bagi memastikan pembangunan wanita akan diutamakan di negeri itu.

POLITIK ANTARABANGSA
-------------------------------------
Sebagai Ahli Parlimen dan Ketua Wanita Pakatan Harapan, beliau turut sering diundang ke simposium dan himpunan ahli-ahli politik antarabangsa mewakili Malaysia. Beliau turut diberi penghormatan untuk menghadiri dan berucap di Women Political Leaders Summit (WPL) di Iceland. WPL merupakan satu pertubuhan bebas, antarabangsa dan tidak berteraskan keuntungan yang beribu pejabat di Reykjavik, Iceland. Ahli-ahlinya terdiri daripada pemimpin wanita antarabangsa seperti menteri, ahli parlimen dan pemimpin komuniti. Aktiviti organisasi ini lebih fokus kepada untuk menunjukkan impak wanita dalam kepimpinan politik secara global.

Organisasi ini bukan sahaja berifat politikal tetapi turut mensasarakan pememacuan peranan wanita dalam komunikasi, jaringan dan komuniti. Hasrat utama WPL adalah untuk mengumpulkan para pemimpin politik wanita yang berdaya tinggi dan mempunyai pengaruh untuk membawa perubahan positif dalam skala global

#menteriperumahandankerajaantempatan
#menteribekerja
#zkpower
#pilihanrakyat
#ironladymalaysia
#komitedpeduliprihatin
#zuraidakamaruddin

Ulasan

Catatan Popular