KENALI PERMATA BUMI KEDAH DARUL AMAN : Allamah Arif Billah Tok Wali Pak Su Mid ( 1926 - Sekarang )

KENALI  PERMATA BUMI KEDAH DARUL AMAN :

Al Allamah Arif Billah Tok Wali Pak Su Mid ( 1926 - Sekarang ) 

Al Allamah Arif Billah Tok Wali Pak Su Mid ( 1926 - Sekarang )


Nama sebenar Pak Su Mid ialah Tuan Guru Haji Abdul Hamid dan dilahirkan di Air Hitam, Jerlun, Kedah . Menurut Pak Su Mid umur sebenar beliau sudahpun menghampiri 100 tahun. Ini kerana orang dahulu sudah biasa mendaftar lambat di Jabatan Pendaftaran.

Beliau telah menuntut ilmu dari beberapa wali Allah . Diantara guru beliau ialah :

1. Syeikh Abu Bakar Palestin
2. Wali Allah Syeikh Abdullah Harun - Stesen Kereta Api Lama Alor Star,  Sg. Korok
3. Pak Da Eil Mekah 
4. Tuan Guru Haji Abdullah Kecik - Pondok Langgar

Keturunan asal Pak Su berasal dari Banjar, Indonesia. Pak Su mula tinggal di Bukit Tembaga pada tahun 1965 dan beliau berkahwin pada tahun 1973 .

Semasa mudanya beliau bekerja dan berniaga di Pekan Rabu, Alor Setar pada siang harinya. Manakala pada sebelah malamnya beliau akan menadah ilmu bersama guru-guru beliau. Pak Su juga bersahabat baik dengan Tuan Guru Haji Abdul Aziz Pendang.

Antara kitab yang sering menjadi rujukan Pak Su Mid adalah:

1) Hilyatul Auliyak
2) Futuhat Makkiyyah Ibn Arabi 
3) Khozinatul Asror

Beliau pernah berkata bahawa , beliau cuma membaca kitab kitab yang pengarangnya seorang Wali Allah sahaja .

Amalan utama Paksu Mid hanya lah al Quran & puasa setiap hari . Setiap kali diminta amalan dan nasihat, maka beliau akan berpesan supaya berdamping dengan al-Quran. Sudah lebih 30 tahun beliau berpuasa sunat.
Ramai ulamak yang berpendapat menyatakan bahawa Pak Su sudah mencapai maqam Wali Allah. 

Berkata Syeikh Wan Izzudin Bin Syeikh Wan Ibrahim /  Pak Chu Him Pondok Gajah Mati. Ada yang berpendapat bahawa Pak Su Mid telah mencapai maqam wali Abdal. Ini berdasarkan 4 rukun Abdal iaitu salah satunya rajin berpuasa. 

Kalam Pak Su Mid mempunyai gaya bahasa yang tinggi dan unsur kiasan yang mendalam. Beliau suka berkias dalam percakapan.
Diantara nasihat atau kata-kata hikmah Pak Su Mid ialah :

1. Pastikan diri sentiasa berwuduk. 

2. Bergelut sungguh-sunguh dengan al-Quran. Pegang al-Quran dan kata: Ya Allah, ini kitab Engkau yang aku beramal. Barangsiapa yg beriman kepada Allah,  Allah akan memberikannya hidayah. 

3. Malam malam bangun buat tahajud. Menangis atas segala dosa. Ambil air mata tu sapukan satu tubuh badan niat sebagai benteng dari api neraka.

4. Bila ada Istiqomah , baru malaikat turun. Jangan takut jangan sedih. Depa bawa berita gembira kita jadi ahli syurga.

5. Nak cekap dalam agama ni kena kuasai ilmu al-Quran 

Ulasan

Catatan Popular