KENAPA TUN LANTANG BERSUARA SECARA TERBUKA ..???

"BILA KITA DISERANG DARI LUAR, RAPATKAN BARISAN, KITA HADAPI SEGALA CABARAN"
-Tun Dr. Mahathir B. Mohamed-
Perhimpunan Agung UMNO 2000

Kelantangan Tun menegur secara lantang dan terbuka usah disalah erti..Teguran Tun bukan kerana benci..
Teguran Tun bukan untuk mencaci..
Teguran Tun untuk kita berhati-hati.
Teguran Tun untuk kita bersatu penuh suci hati..
Teguran Tun untuk masa depan generasi...
Teguran Tun untuk menasihati..
Teguran Tun supaya desakan luar usah mudah dituruti..
Teguran Tun supaya warisan bangsa usah dikhianati..
Teguran Tun supaya hak Melayu tidak diketepi..
Teguran Tun supaya Islam yang suci tidak dicaci..
Teguran Tun supaya kita menjadi pejuang sejati..

Hayati, fahami dan sematkanlah dihati..
Jasa budi Tun demi martabat agama dan bangsa tidak terperi..
22 tahun menjadi Perdana Menteri..
Amalan "Bersih, Cekap dan Amanah" disematkan dihati.
22 tahun menabur bakti..
22 tahun menahan umpat dan caci maki..
22 tahun Tun tabah harungi serba-serbi..
22 tahun Tun berjuang demi Bangsa Melayu...
22 tahun Tun berjuang membela Islam yang suci..
22 tahun Tun berjuang membuktikan bangsanya Yakin Boleh..!!!
22 tahun Tun berjuang dengan gaya tersendiri...

berbagai slogan bersilih ganti, membuktikan pada barat dengan memandang ke timur bangsanya pasti mampu.
dari hanya pandai berpantun, bangsanya kini miliki Proton..!!!
dari menaiki feri Jambatan Pulau Pinang sehingga kini megah berdiri..!!!
dari jalan yang berliku-liku, Lebuh Raya cantik dan lurus dibina merentas ribuan batu..
Dari setinggan bertukar megah dan gagah berdiri KLCC..!!
Ladang Sawit penuh rimba kini penuh kapal terbang dari seluruh dunia..!!
Dulu hutan untuk sang rimba, kini disitulah Litar Lumba menjadi tumpuan seluruh dunia..!!
Lautan digali hasilnya bukan untuk sekali Petronas kini sebagai bukti..!!!


Insan sepertinya tiada ganti..
Dunia menghormati, Tak pernah gentar diuji..
Pembela dan harapan negara Islam dunia..
Lantang, tegas dan berani menyerang balas yahudi yang menindas..

Negara dan bangsa jauh dibawa merentasi sempadan.

Sehingga kini Tun masih bersama kita di sini..
Memerhati dan menilai pengganti..
Agar Wawasan yang diwarisi,
pengganti dapat memenuhi...
bukan untuk diri sendiri..
Untuk Bangsa dan Islam yang suci..


Hargailah Insan ini...
Sipengganti usah lupa diri...
Ketika keliru usah berlagak meninggi diri..
Rendahkan diri, mintalah pedapat apa yang keliru dihati..
Usah derhaka menempah celaka..!!!

Pemimpin Tertinggi usah lupa diri...!!!
Pemimpin kiri dan kanan perlu bijak berperanan...!!!!
Dari atas sehingga ke akar umbi bersatu hati kita harungi..!!!
Lantang dan berani sebagai pejuang sejati..!!!
Bukan lagi tepuk tangan walau sekadar Presiden bersin..!!!

Ulasan

Catatan Popular