Bekas tahanan EO bina semula empayar


Berita Harian
11/8/2013, Ahad

Persaingan punca kes jenayah berprofil tinggi

Kuala Lumpur: Perebutan kawasan bekas tahanan Ordinan Darurat (EO) bagi membina semula empayar kumpulan, dipercayai menjadi punca beberapa kes pembunuhan berprofil tinggi menggunakan senjata api sejak kebelakangan ini.

Pakar kriminologi, Datuk Akhbar Satar, berkata peningkatan mendadak kes berkenan dilihat berkemungkinan mempunyai kaitan dengan kes penyeludupan senjata api menerusi negara jiran. 
Katanya, pertempuran kumpulan samseng ini turut membabitkan pihak yang dipercayai cuba menghalang penguasaan sesebuah kawasan. 


Lakukan apa saja

“Mereka akan melakukan apa saja untuk mendapat apa yang dimahukan. Jika gagal, jalan penyelesaian terakhir ialah membunuh dengan senjata api.

“Kita mempunyai kira-kira 2,500 bekas tahanan EO yang mungkin terbabit dalam perebutan kuasa dan kawasan ini.

“Agensi penguatkuasaan dan pasukan keselamatan perlu lebih tegas dalam aspek kawalan sempadan negara bagi mengekang penyeludupan senjata api,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Ulasan

Catatan Popular