Bersikap adil kepada polis.. : Adakah kerajaan adil kepada polis..???


Ketika wartawan Mingguan Malaysia, ZULKIFLEE BAKAR, AMRAN MULUK dan Jurufoto, GAIE UNCHEL mewawancara DATUK SERI DR. AHMAD ZAHID HAMIDI pada Rabu lalu di Masjid Tanah Melaka, Menteri Dalam Negeri itu baharu 24 jam tiba di tanah air selepas menunaikan ibadah umrah.
Sememangnya cuaca di Mekah begitu panas dan ‘kepanasan’ ini seolah-olah dirasai oleh Ahmad Zahid bukan sahaja disebabkan pengumuman beliau untuk mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO tetapi juga situasi keselamatan negara berikutan kejadian jenayah berat khususnya melibatkan senjata api semakin meningkat.
Bagaimanapun Ahmad Zahid tetap tenang mengharungi ‘kepanasan’ tersebut dan dalam pertemuan hampir sejam itu beliau memberikan pandangan berhubung isu-isu keselamatan dan pemilihan UMNO.


Bersikap adil kepada polis..???

Pakatan Rakyat tidak pernah adil kepada Polis..!!!

Dengan pemansuhan Akta I.S.A, EO dan cadangan meminda Akta Hasutan oleh pihak Kerajaan atas desakan PR, bermakna Kerajaan juga tidak bersikap adil kepada Polis..!!!..

Kerajaan sendiri kini secara langsung telah membebani pihak polis dengan tekanan dan asakan fizikal dan mental untuk menangani penjenayah ganas yang rakus disamping menjadi mangsa cacian dan makian pihak pembangkang..!!!..

Dalam keadaan umpama tangan kosong apabila senjata(akta) yang terbaik dirampas oleh kerajaan, polis berhadapan dengan cabaran amat getir kini.

Kerajaan yang 'membuang' senjata polis, kemudian semua pihak termasuk kerajaan sendiri mengasak dan mendesak polis bertindak cemerlang..??? dan dalam masa yang sama seolah2 cuba bermain wayang meminta rakyat adil kepada polis..???

SEBELUM MEMINTA DAN MERAYU KEPADA RAKYAT UNTUK BERSIKAP ADIL KEPADA POLIS, SEBAIKNYA PIHAK PUCUK PIMPINAN KERAJAAN TERLEBIH DAHULU MENILAI DASAR DAN SIKAP YANG TELAH DIAMBIL/DILAKUKAN TERHADAP POLIS KITA DAN KESANNYA KEPADA NEGARA..!!!

ADAKAH KERAJAAN BENAR-BENAR ADIL..???

ADAKAH SIKAP, DASAR DAN TINDAKAN KERAJAAN INI DIYAKINI TEPAT DAN MASIH BOLEH BERTAHAN PADA PRU-14..???

UNTUK MAKLUMAN, MAJORITI RAKYAT YANG MEMBERI UNDI KEPADA KERAJAAN PADA PRU-13 YANG LALU KINI AMAT2 KECEWA DENGAN SITUASI YANG SEDANG BERLAKU KINI DISEBABKAN OLEH DASAR DAN TINDAKAN KERAJAAN..!!!

APAKAH RAKYAT MAJORITI INI AKAN TERUS MEMBERI UNDI KEPADA UMNO/BN BAGI TERUS MEMBENTUK KERAJAAN PADA PRU-14 ANDAI DASAR DAN TINDAKAN KERAJAAN MASIH KEKAL BEGINI DAN KEAMANAN SEOLAH TELAH LENYAP DI NEGARA INI..???

TELAH TERLALU BANYAK BERLAKU KEMUSNAHAN AKIBAT TERMUSNAHNYA AKTA-AKTA INI..!!!

APAKAH PUCUK PIMPINAN KERAJAAN INGIN MELIHAT KERAJAAN YANG DITUNJANGI UMNO/BN YANG ADA KINI JUGA LENYAP SEPERTIMANA KERAJAAN MELENYAPKAN AKTA-AKTA ITU..???

Renungkanlah..
Bertindaklah sebagai sebuah kerajaan yang layak diyakini rakyat..!!!

-bugatti-

Ulasan

Catatan Popular