KEMBALIKAN AKTA-AKTA TERBAIK NEGARA: USAH MENJADI BONEKA PEMBANGKANG..!!!

NEGARA KITA, ACUAN KITA, PRINSIP KITA..!!!
TIADA ALASAN TIDAK BOLEH DIKEMBALIKAN SEGALA YANG BAIK UNTUK NEGARA KITA..!!!

31HB OGOS 2013 INI GENAPLAH 56 TAHUN USIA KEMERDEKAAN NEGARA KITA MALAYSIA.

Merdeka bermakna kita bebas dari cengkaman mana2 pihak untuk membentuk acuan kita sendiri.
Masa depan negara kita sama ada baik atau buruk kita yang tentukan sendiri..
Merdeka bermakna kita bebas tentukan masa depan kita sendiri.
Negara kita, Undang2 kita dan Kerajaan yang berprinsipakan mencorak cara dan gaya pentadbiran sendiri berdasarkan kesesuaian dan keadaan rakyat negara kita demi mencapai matlamat dan wawasan kita.

Dalam konteks hubungan luar sama ada gabungan atau pertubuhan negara jiran serantau atau atau mana2 gabungan pertubuhan antarabangsa yang turut disertai negara kita sama ada dari segi hubungan sosial, kebudayaan, ekonomi atau apa saja pertubuhan memang tidak dinafikan terdapat perjanjian atau memorandum persafahaman sesama ahli anggota.

Namun perjanjian atau persefahaman tersebut bukan bermakna kita perlu tunduk dan mengikut telunjuk pihak luar dalam hal dalaman negara sendiri.

Rakyat mengundi dalam setiap PRU adalah bagi memilih sebuah kerajaan yang berprinsip, kerajaan yang mempunyai perancangan jelas dan wawasan jauh demi kesejahteraan rakyatnya. Rakyat berkehendakkan kerajaan yang tidak tunduk kepada apa2 desakan mengarut dari mana2 pihak luar termasuk juga dari pihak pembangkang dalam negara.

Pucuk pimpinan yang tunduk kepada desakan mengarut dan hanya lebih mengutamakan pihak luar dalam membuat keputusan akan meletakkan negara diambang kemusnahan dan pucuk pimpinan sebegini adalah kepimpinan yang LEMAH DAN GAGAL..!!!.

SEKIRANYA KERAJAAN GAGAL MENGEMBALIKAN dan MENGEKALKAN AKTA-AKTA PENTING INI TERUTAMANYA I.S.A, EO dan AKTA HASUTAN 1948 BERMAKNA KERAJAAN YANG ADA SEKARANG ADALAH SEBUAH KERAJAAN YANG AMAT LEMAH DAN GAGAL DAN PUCUK PIMPINAN NEGARA PERLU DIDESAK UNTUK BERUNDUR SEBELUM KEADAAN BERTAMBAH TENAT DAN MENGHERET SELURUH RAKYAT MENANGGUNG DERITA YANG LEBIH LARA.

CONTOHILAH KEPIMPINAN MANTAN PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-4 TUN DR. MAHATHIR B. MOHAMED.
KEPIMPINAN YANG JELAS BERPRINSIP..!!!
KEPIMPINAN SEBUAH NEGARA MERDEKA YANG MENYAKINKAN..!!!
KEPIMPINAN YANG BERWAWASAN JAUH..!!!
KEPIMPINAN YANG DIHORMATI DUNIA..!!!

-BUGATTI-

Ulasan

Catatan Popular