AKHBAR BAHASA CINA BAKAR SENTIMEN PERKAUMAN ?!!! @ZAHID_HAMIDI




NAMPAKNYA API PERKAUMAN KIAN CUBA DISEMARAKKAN OLEH MEREKA.
SIKAP TOLERANSI KAUM MELAYU YANG SANGGUP BERKONGSI HAK DAN MENERIMA MEREKA SEBAGAI PENDUDUK MALAYSIA SUDAH TIDAK BERMAKNA APA2 LAGI.

MENJADIKAN MELAYU MEREMPAT ADALAH MATLAMAT MEREKA KINI...!!!


Sumber: Perjuangan Sejati
Wednesday, August 07, 2013
AKHBAR BAHASA CINA BAKAR SENTIMEN PERKAUMAN ?!!! @ZAHID_HAMIDI

Akhbar bahasa Cina Nanyang Siang Pau telah menyiarkan artikel kontroversi mengenai sebab-sebab kenapa orang Cina mahukan kuasa politik bertarikh 5 Ogos 2013.

Tetapi MiM musykhil, jika Utusan Malaysia atau Berita Harian respons kepada artikel di bawah dan mempertahankan politik kaum Melayu, MiM yakin pemimpin-pemimpin Cina sama ada DAP atau MCA akan melompat melenting melabelkan akhbar itu sebagai rasis.

Tetapi, jika akhbar bahasa Cina bersifat rasis dan boleh mengapi-apikan sentimen tidak puas hati bersifat perkauman, di manakah pemimpin-pemimpin Melayu? 

Kenapa pemimpin DAP dan MCA bersikap double standard tidak melabelkan akhbar itu sebagai rasis?

Yang diungkitkan ialah jalan Jonker Street, Melaka yang sebelum ini mendapat bantahan daripada parti chauvinis DAP.

Begitu juga dengan kemasukan anak-anak Cina ke universiti yang sebenarnya sedang diusahakan oleh kementerian yang terlibat. Dan jangan sangka, hanya anak-anak Cina sahaja yang terlibat. Mungkin juga anak-anak Melayu tidak mendapat tempat.

Di antara artikel Nanyang Siang Pau : 
Hari ini masalah yang dihadapi oleh masyarakat Cina dari segi politik, kewangan, bahasa dan pendidikan berpunca kerana mereka tidak mempunyai kuasa.

Masyarakat Cina dihina dan ketidakadilan terhadap kaum itu jelas terpapar di depan mata kita.

Anak-anak Cina yang mendapat keputusan peperiksaan cemerlang, tidak mendapat biasiswa dan tempat untuk memasuki universiti. Bukankah pihak kerajaan agak keterlaluan?

Selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU- 13), orang Cina dituduh melakukan tsunami politik. Sebenarnya ia bukan begitu.

Apa yang kita nampak, orang Melayu selepas PRU-13 lebih banyak melakukan tsunami apabila mereka mula menyimpan dendam dan menghukum orang Cina.

Perkara ini boleh dilihat dengan jelas termasuk isu penutupan jalan Jonker Street di Melaka. Sudah pasti selepas ini akan timbul banyak lagi isu-isu lain secara berturutan yang berpunca daripada tindakan orang Melayu ingin membalas dendam.

Memang benar orang Melayu tidak pandai berniaga. Adalah bagus juga pihak kerajaan memberikan orang Melayu tongkat dan kereta sorong.

Biar mereka duduk sahaja sambil menerima duit yang bertimbun-timbun. Mereka mendapat habuan daripada hasil usaha orang yang bertungkus lumus mencari rezeki. Buat apa Melayu nak berniaga! Kerana orang Cina lagi bijak berniaga dan banyak membuat untung.

Hari ini tidak lagi kedengaran suara ‘yam seng’ (minum untuk menyambut kemenangan). Hanya kedengaran sekarang suara untung! untung! untung!

Selalunya masyarakat Cina akan tanamkan dalam fikiran anak-anak mereka bagaimana cara berniaga untuk mendapat keuntungan dan macam mana boleh untung besar.

Ulasan

Catatan Popular