Siri 2: Menjejak Kaki di Tanjung Piai




Rabu,25hb Sep. 2013
9:00pagi.
Sepertimana yang telah dijanjikan, penulis dan rakan-rakan pun bersiap-sedia untuk bertolak ke selatan tanahair atau destinasi tepatnya Tanjung Piai, Johor. 

Sebelum memulakan perjalanan, penulis pun menghubungi Datuk Nasir bagi memaklumkan bahawa penulis bersama rakan akan memulakan perjalanan ke Tanjung Piai. "Ok, saya tunggu, hati-hati memandu.." Kata Datuk Nasir Safar dalam telefon pada pagi itu..

Dengan lafaz bismillah dan doa semoga dapat sampai dan pulang dengan selamat serta dipermudahkan segala urusan, kami pun memulakan perjalanan.

Setelah beberapa jam merentas lebuhraya, kami disambut dengan hujan pada tengahari itu ketika memasuki negeri Johor, tempat kelahiran UMNO itu..Alhamdulillah, lebih kurang jam 1.40, kami telah berada di Daerah Pontian. Tepat jam 2ptg, Datuk Nasir terus menghubungi penulis untuk memastikan sama ada kami telah sampai. Terdetik dihati penulis ketika itu bahawa, Datuk Nasir Safar adalah seorang yang cukup menepati waktu. Penulis pun memaklumkan kepada beliau bahawa telah berada di Tanjung Piai. Datuk Nasir mencadangkan Kukup Golf Resort sebagai tempat pertemuan pada petang itu dan telahpun meminta Ketua Pemuda Salah satu Cawangan UMNO di Bahagiannya untuk membawa kami ke lokasi yang dimaklumkan itu.

Selang 15 minit, kelihatan sebuah Honda Accord warna hitam menyusur masuk ke  kawasan meletak kereta KGR dan kelihatan seorang yang agak berumur tapi tampak masih cukup bersemangat melangkah keluar dari kereta diiringi seorang pemuda yang memandu kereta tersebut dan menghala ke arah tempat kami duduk dan lantas dengan senyum menyapa dan menghulurkan tangan memperkenalkan diri. Kami pun bersalaman dan memperkenalkan diri masing-masing.

Datuk Nasir lantas bertanya kami sama ada telah mendapat tempat penginapan, kami pun mengiyakan pertanyaannya dan menyatakan bahawa kami menginap di sebuah villa di KGR. Datuk Nasir terus mengajak kami melihat villa tempat kami akan menginap pada malam itu, katanya nak dipastikan tetamunya mendapat tempat peginapan yang selesa. Terharunya kami dengan layanan Datuk Nasir sebegitu sekali sedangkan kami bukannya siapa-siapa, tapi hanya sekadar penggiat media sosial level bawahan saja.

Tanpa membuang masa kami pun bersama-sama Datuk Nasir, dan diiringi oleh anaknya yang memandu keretanya tadi bersama Ketua Pemuda Cawangan yang diminta membantu kami tadi terus ke Villa yang akan menjadi penginapan kami pada malam itu. 

Setelah memasuki villa tersebut, Datuk Nasir terus meninjau keadaan dalam villa yang mempunyai 2 bilik, ruang dapur dan ruang tamu tersebut. "Ok ke tinggal di sini..?" Tanya Datuk Nasir kpd kami. "Ok ni Datuk, dah cukup selesa pada kami ni.." Balas rakan saya.. "Kalau rasa tak ok, bgtau saya, sy uruskan tempat yang lebih selesa...".. Kata Datuk Nasir lagi.."terima kasih banyak Datuk atas sambutan dan layanan Datuk pada kami,..ini dah selesa sgt dah pada kami Datuk,.."balas penulis.

"Ok la kalau macam tu.."..balas Datuk Nasir sambil melabuhkan dirinya duduk di sebuah kerusi di ruang tamu tersebut. "So, apa tujuan sebenar nak berjumpa saya..?."sambung Datuk Nasir lagi.

"Pertama sekali, saya ingin perkenalkan sekali lagi tentang diri kami,..kami adalah penggiat media sosial facebook dan blog berkaitan politik negara.".. Kami amat tertarik dengan cara dan kelainan yang Datuk bawakan..".. " Antara kelainan dan boleh dianggap sebagai satu sejarah adalah apabila orang yang menjadi Pencadang kepada Datuk bagi Pencalonan Ahli Majlis Tertinggi UMNO 2013 adalah hanya seorang blogger tidak seperti lain-lain calon yang bertanding.".. Ini amat menarik perhatian kami para penggiat media sosial negara yang sebelum ini seolah tidak dipandang oleh pemimpin2 politik negara.."..penulis memberikan penjelasan tentang tujuan ingin bersemuka dengan Datuk Nasir.

Terus ikuti apa jawapan Y.Bhg Datuk Nasir Safar dalam siri temubual bersama beliau seterusnya.




Ulasan

Catatan Popular