Siri 1: Perbualan telefon bersama Datuk Nasir Safar bagi menetapkan temujanji.

Truutt..truuut..truuuuttt...."hello"..kedengaran suara garau tapi bernada lembut dari speaker hanset penulis pada petang 22 Sept 2013..

"Assalamualaikum..wrt, ini Datuk Nasir Safar ke....?" Balas penulis apabila mendengar suara tersebut.

"Waalaikumussalam..wrt, ya saya bercakap, balasnya.

"minta maaf Datuk, kalau saya mengganggu Datuk waktu-waktu macam ni,..Saya seorang penulis blog berkaitan politik dari Kuala Lumpur dan berhajat untuk mengadakan satu pertemuan dengan Datuk untuk membuat sedikit analisis tentang perjuangan politik Datuk bersama UMNO..." sambung penulis..

"Owh mcm tu,..boleh..boleh, tak ada masalah...bila dan di mana agak-agaknya tu...?.". Jawapan yang tidak mengewcewakan penulis dari Datuk Nasir Safar.

"Kalau Datuk berkelapangan, saya bercadang dalam minggu ini, di tempat Datuk, di Tanjung Piai, boleh sekaligus saya membuat sedikit tinjauan di kawasan Datuk.."..balas penulis lagi..

"Ok, minggu ni memang sy tidak ke mana-mana dan ada di Tanjung Piai,..kalau nak datang, datang la hari Rabu ni, kebetulan hari rabu ni sy ada  program bersama penduduk di sini hari tu, boleh tinjau sekali..."... Pelawa Datuk Nasir dengan mesra..

"Baiklah Datuk, saya akan datang ke sana berjumpa Datuk pada hari Rabu, 25 Sep. 2013 nanti... Saya akan bertolak pagi dan rasanya dalam lebih kurang pukul 2 ptg sy dan dua org rakan saya akan sampai di sana..."..kata penulis..

"Abih tu, tempat penginapan semua macam mana..?." Datuk bertanya kembali..
" tak apa Datuk, kami akan uruskan nanti..."..balas penulis..
"Baiklah kalau mcm tu, tapi kalau ada apa2 keperluan yang boleh saya bantu, jangan segan-segan bagitau saya,..saya cuba bantu...".. Kata Datuk..

"Terima kasih banyak Datuk, InsyaAllah, saya akan maklumkan balik pada Datuk nanti, dan sebelum bertolak pagi rabu nanti saya akan hubungi balik Datuk..."

"Baiklah.." Balas Datuk..

"Assalamualaikum..wrt...Datuk.." 
"Waalaikumussalam..wrt..." Balas Datuk mematikan perbualan telefon pada petang itu...

Alhamdulillah, hajat untuk bersemuka dan membuat sedikit analisis berkaitan Datuk Nasir Safar, seorang pejuang politik UMNO yang pernah menjadi Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, YAB, Dato' Seri Mohd Najib, dan telah mengesahkan pencalonannya untuk bertanding sebagai Ahli Majlis Tertinggi pada Pemilihan UMNO 2013 akhirnya hampir tercapai.

Dari perbualan telefon, penulis dapat merasakan bahawa Datuk Nasir Safar, seorang yang cukup lain dari sebilangan besar ahli-ahli politik lain.. Beliau seorang yang penulis dapat rasakan seorang yang cukup prihatin, mesra dan tidak langsung menunjukkan sikap sombong.

Ikuti temubual dan hasil tinjauan penulis bersama Datuk Nasir Safar, Calon No.53 bagi Jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO 2013 dalam sedikit masa saja lagi...

-bugatti veyron-






Ulasan

Catatan Popular