PERUTUSAN HARI KEMERDEKAN KE 56 YAB : NAJIB SERU RAKYAT PERTAHAN KEDAULATAN, KEMERDEKAAN NEGARA

PERUTUSAN Hari Kemerdekaan ke-56 yang bertema 'Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku' oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak disiarkan secara langsung di kaca tv, malam tadi. - Foto BHOnline


Najib seru rakyat pertahan kedaulatan, kemerdekaan negara

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak mengajak rakyat supaya kekal bersatu demi mempertahan kedaulatan Malaysia yang merdeka puluhan tahun lalu serta bebas daripada cengkaman penjajahan asing. 
Dalam perutusan Hari Kemerdekaan ke-56 yang bertema 'Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku' Perdana Menteri menegaskan kini bukan masa untuk rakyat Malaysia berpecah-belah. 

"Kedaulatan sebagai faktor yang menunjangi Malaysia sebagai sebuah negara tidak datang secara bergolek” Najib Razak, Perdana Menteri

Bersama majukan negara

"Walau apa dugaan yang merintang, kita tidak boleh berputus asa, sebaliknya harus mara untuk memajukan negara berasaskan perpaduan nasional," katanya ketika menyampaikan perutusan menerusi televisyen malam tadi.

-Berita Harian-

Ulasan

Catatan Popular