MANTAN KETUA PENERANGAN BOURGENVILLA MENCIPTA SEJARAH POLITIK NEGARA

Mantan Ketua Penerangan UMNO Cawangan Bunga BOURGENVILLA, SDR. AZAHARI B. IBRAHIM mencipta sejarah apabila menjadi satu-satunya AHLI BIASA UMNO menjadi PENCADANG bagi CALON MAJLIS KERJA TERTINGGI UMNO PUSAT, Y.BHG DATUK NASIR SAFAR dalam PEMILIHAN UMNO 2013.

Ternyata hubungan beliau dengan para pemimpin tinggi UMNO bukan calang-calang walau tidak langsung dihebahkan. Sdr. Azahari bukan orang baru dalam dunia politik negara. 

Datuk Nasir Safar, calon yang bertanding MKT adalah Mantan Pegawai Khas kepada 3 Perdana Menteri dari era Tun M, Pak Lah dan YAB Dato' Seri Mohd Najib.

Inilah dunia politik, seorang yang seolah tidak dihargai ditempat sendiri tidak semestinya tidak dihargai oleh peringkat yang jauh lebih tinggi.

UMNO BOURGENVILLA DAN UMNO PUTRAJAYA SEHARUSNYA MAMPU LEBIH MENGENALI KREDIBILITI AHLI-AHLI SENDIRI.


sumber; 

-link dari blog JIKA JARI MAMPU BERBICARA-

PWTC 18 September 2013 menjadi saksi bahawa seorang tokoh pemimpin di penghujung Benua Asia iaitu Timbalan Ketua Bahagian UMNO Tanjong Piai, Ybhg Datuk Nasir Safar mengesahkan bahawa beliau akan menawarkan diri bagi Majlis Kerja Tertinggi UMNO Pusat.

Pada hari tersebut, beliau turut di iringi oleh Dato' Mohammad Haji Mat Isa dari UMNO Bahagian Padang Renggas,Perak, Datuk Mohd Yusoff dari Bahagian Batu,Wilayah Persekutuan,Pergerakan Puteri Shah Alam dan ramai lagi untuk sokongan moral.

Sikap merendah diri Datuk Nasir Safar bukan sahaja di bahagiannya malah beliau turut di senangi sekitar negara ini.Mengambil tawaran untuk bertanding sebagai Majlis Kerja Tertinggi adalah bukan sebab inginkan popular,tetapi apa yang telah menjadi wadah perjuangannya adalah Transformasi yang selaras dengan kehendak Perdana Menteri Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.Beliau amat komited dalam pembaharuan sistem dan membaik pulih keadaan UMNO yang sedang 'tenat' ketika ini.

Sama-samalah kita berdoa agar Datuk Nasir Safar di permudahkan segala urusannya.

Ulasan

Catatan Popular