Langkau ke kandungan utama

Kumpulan Misuari mengganas 2013/09/10 - 06:10:02 AM

Zamboanga: Sekurang-kurangnya 600 anggota Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) menyerbu bandar Zamboanga awal semalam yang mencetuskan pertempuran dengan askar menyebabkan enam maut dan 24 cedera. 

Kumpulan pimpinan Nur Misuari itu juga menjadikan 300 orang sebagai tebusan menyebabkan Filipina menghantar 800 askar yang kini mengepung beberapa perkampungan sekitar Zamboanga. 
Tidak puas hati
Serangan ini menyusuli perisytiharan kemerdekaan bulan lalu oleh Misuari kerana tidak puas hati kumpulannya diketepikan daripada rundingan di antara Manila dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dengan Malaysia menjadi pengantara proses damai itu. 

MNLF dilaporkan menahan tebusan di beberapa kawasan padat penduduk termasuk di Sta Catalina, Sta Barbara, Lustre dan Kasanyagan, lapor Manila Bulletin dan Perbadanan Penyiaran Britain (BBC). 

Seorang anggota kanan MNLF, Simin Husin, mendakwa mereka menempatkan 1,000 anggota kumpulan di sekitar Zamboanga, 300 daripada mereka berada di daerah Sta Barbara, Sta Catalina, Kasanyagan dan Rio Hondo. AGENSI 

Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini

Ulasan

Catatan Popular