KENALI SIAPA TUN DR. MAHATHIR B. MOHAMED..
KENALI SIAPA
TUN DR. MAHATHIR B. MOHAMED
- SIRI 1-
1925: Dilahirkan di Alor Setar,
Kedah pada 20 Disember.
1945: Mengambil bahagian dalam penentangan Malayan Union.
1946: Menjadi ahli UMNO semasa ia ditubuhkan.
1953: Mendapat ijazah perubatan dari Kolej Perubatan King Edward (yang
kemudiannya dikenali sebagai Universiti Malaya) di Singapura;
1954: Berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Hospital Alor Star,
Hospital Langkawi, Hospital Jitra dan Hospital Perlis.
1957: Berhenti dari perkhidmatan kerajaan untuk membuka kliniknya sendiri,
MAHA Klinik di Alor Setar.
1964: Dipilih sebagai Ahli Parlimen Kota Setar atas tiket Parti
Perikatan selepas beliau calon PAS, Mohd
Shaari Haji Abdul Shukur, dengan majoriti 4,210 undi; Dr Mahathir mendapat
12,406 undi, sementara Mohd Shaari mendapat 8196 undi.
1965: Menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO.
1968: Dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pelajaran Tinggi.
1969: Ditewaskan oleh calon Pas, Haji Yusoff Rawa dalam Pilihanraya
pada 10 Mei, dengan 989 undi di kawasan Kotar Setar; beliau dikatakan kalah
kerana kehilangan "undi Cina" apabila beliau mengumumkan bahawa
beliau tidak perlu undi Cina untuk memenangi dalam pilihanraya;
Dipecat jawatan daripada Majlis Tertinggi UMNO pada 12 Julai, berikutan
pengedaran suratnya kepada Tunku Abdul Rahman;
Diberhentikan keahliannya dalam UMNO pada 26 September.
1970: Mengeluarkan buku dalam bahasa Inggeris yang bertajuk
"Dilema Melayu" (The Malay Dilemma); buku ini diharamkan dengan
serentak.
1972: Diterima kembali menjadi ahli UMNO pada 7 Mac;
Dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Perindustrian Makanan Malaysia
(FIMA).
1973: Dilantik sebagai senator.
1974: Dilantik sebagai Pengerusi Majlis Universiti Nasional;
Melepaskan jawatan sebagai senator untuk bertanding di Pilihanraya
1974, yang mana beliau menang tanpa bertanding;
Dilantik sebagai Menteri Pelajaran pada 5 September.
1975: Menjadi salah satu daripada tiga naib presiden UMNO, selepas
memenangi dengan majoriti sebanyak 47 undi.
1976: Menjadi Timbalan Presiden UMNO pada 5 Mac.
1978: Dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia oleh Tun
Hussein Onn pada 15 September;
Melepaskan jawatan sebagai Menteri Pelajaran untuk menjadi Menteri
Perdagangan dan Perindustrian Malaysia (1 Jun 1978 - Julai 1981);
1981: Menjadi Presiden UMNO pada 26 Jun, dan Perdana Menteri Malaysia
ke-empat pada 10 Julai, berikutan perletakan jawatan Tun Hussein Onn atas
sebab-sebab kesihatan;
Menjadi Menteri Pertahanan (18 Julai, 1981 - 6 Mei, 1986) disamping
memegang jawatan Perdana Menteri;
Melancarkan slogan-slogan "Bersih, Cekap dan Amanah",
"Kepimpinan Melalui Teladan", the "Dasar Pandang ke Timur",
"Pemupukan Nilai-nilai Islam", dan polisi pemulauan barang UK
("Buy British Last");
Mencepatkan masa sebanyak setengah jam di Semenanjung Malaysia untuk
menyeleraskannya dengan Malaysia Timur;
Meminta maaf daripada Tunku Abdul Rahman secara umum;
Menarik balik pengharaman buku Dilema Melayu (The Malay Dilemma)
Merancangkan serangan subuh dengan pengambilan kembali Guthrie
Corporation oleh Perbadanan Nasional Berhad (PNB) diBursa Saham London pada 7
September, supaya memulangkan hakmilik lebih kurang 200,000 ekar tanah
pertanian kepada rakyat Malaysia.
1983: Mengemaskinikan kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Sultan-sultan,
supaya rang undang-undang yang diputuskan oleh Parlimen atau Dewan Undangan
Negeri dapat menjadi akta, selepas penerimaan pendapat Yang Di-Pertuan Agung
ataupun Sultan-sultan negeri masing-masing;
Menubuhkan PROTON, sebuah projek kereta nasional.
1986: Datuk Musa Hitam meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana
Menteri pada 27 Februari;
Ghafar Baba dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia;
Menjadi Menteri Dalam Negeri pada 7 Mei di samping memegang jawatan
Perdana Menteri;
Suatu pertikaian tertimbul dengan negeri Singapura tentang lawatan
rasmi Chaim Herzog, Presiden negara Israel.
1987: Menewaskan cabaran Tengku Razaleigh Hamzah untuk jawatan Presiden
UMNO dengan majoriti yang nipis sekali pada 24 April;
Menjadi Menteri Kehakiman di samping memegang jawatan Menteri Dalam
Negeri dan Perdana Menteri Malaysia.
1988: Memecat empat hakim Mahkamah Tertinggi, termasuk Tun Salleh Abas
kerana menghalang perbicaraan tentang salah laku tata tertib semasa kehadapan
UMNO akan diputuskan oleh Mahkamah Tertinggi (pada masa itu, UMNO telah diharamkan
oleh Makhamah Tinggi);
1990: Menjadi Menteri Hal-Ehwal Dalam Negeri (Oktober 1990 - Januari
1999) di samping memegang jawatan Perdana Menteri.
1993: Melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana
Menteri;
Mengehadkan pengecualian Sultan-sultan daripada pendakwaan, selepas
peristiwa Douglas Gomez;
Perhubungan di antara Dr. Mahathir dan pemimpin-pemimpin Australia
merosot apabila Paul Keating mewajahkan Dr. Mahathir sebagai seorang yang degil
("recalcitrant") kerana enggan menghadiri Persidangan APEC.
1997: Menetapkan nilai mata wang Malaysia pada 1 September supaya
mengatasi Krisis Kewangan Asia 1997.
1998: Memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim dari semua jawatan dalam
kerajaan dan dalam UMNO pada 2 September;
Mendakwa Anwar Ibrahim atas kesalahan liwat dan penyalahgunaan
kuasanya; Anwar dihadapkan ke mahkamah pada 2 November;
Pergaulan dengan Amerika Syarikat menjadi buruk apabila Al Gore, Naib
Presiden Amerika Syarikat, merendahkan nama baik negara Malaysia di Persidangan
APEC yang pada masa itu dianjurkan oleh Malaysia.
Melantik Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Timbalan Perdana
Menteri;
Pembukaan rasmi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di
Sepang, yang menelan kos sebanyak RM13 bilion;
Penghabisan pembinaan Menara Berkembar Petronas yang mempunyai 88
tingkat, iaitu menara berkembar yang tertinggi di dunia;
Dipilih sebagai "Asia's Newsmaker of 1998" oleh Majalah TIME.
1999: Menjadi Menteri Kewangan Pertama pada 8 Januari, di samping
memegang jawatan Perdana Menteri ketika Malaysia masih mengalami Krisis Ekonomi
1997;
Pembukaan rasmi Cyberjaya, sebuah bandar yang baru yang memainkan
peranan yang penting dalam Koridor Raya MultimediaMalaysia.
2001: Menjadi Menteri Kewangan dan Menteri Tugas-tugas Khas (5 Jun
2001) disamping memegang jawatan Perdana Menteri.
2002: Mengumumkan penggunaan bahasa Inggeris untuk mengajarkan mata
pelajaran Matematik dan Sains, mulai tahun 2003;
Mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri dalam
Perhimpunan Agung UMNO, tetapi telah dirayu untuk membuat penangguhan selama 18
bulan.
2003: Bersara sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 31 Oktober, 2003
dan menamakan timbalannya, Datuk Seri Abdullah Badawi, sebagai pengganti;
beliau memegang jawatan Perdana Menteri selama 22 tahun, dan terjadi salah satu
daripada pemimpin-pemimpin negara Asia yang paling lama perkhidmatannya;
Dianugerahkan sebagai Tun, pangkat kehormatan yang tertinggi di
Malaysia.
2008: Dianugerahkan Seri Utama Mahkota Wilayah (S.U.M.W.) membawa
gelaran "Datuk Seri Utama".
Ulasan
Catat Ulasan