AKTA DHARURAT - KESAN YANG PERLU RAKYAT TANGGUNG

AKTA DHARURAT - KESAN YANG PERLU RAKYAT TANGGUNG....
by: OB21net.

Sejak kebelakangan ini kes jenayah berat terutamanya yang melibatkan pembunuhan menggunaan senjata api kian menjadi jadi keadaan itu telah menyebabkan keresahan dikalangan masyarakat, berikutan itu pelbagai pihak membuat gesaan supaya polis bertindak tegas membendungnya.

Malah ada juga pihak yang menyalahkan polis dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana di dakwa gagal menangani isu peningkatan jenayah kes berat selepas kerajaan memansuhkan akta keselamatan dalam negeri (ISA) dan ordinan darurat, ironinya pihak yang menyalahkan Perdana Menteri itu adalah sebahagian daripada merekayang dahulunya bersungguh sungguh mengesa kerajaan supayaaktadan ordinan tersebut memansuhkannya.

Harus di ingat sebelum ISA dan ordinan darurat dimansuhkan kejadian tembak amat jarang sekali di dengar, tetapi selepas beberapa bulan pembebasan 1473 orang banduan yang ditahan di bawah Ordinan Darurat AktaKediaman Terhad 1933 dan Rang Undang Undang Buang Negeri Pemansuhan 2011, serta Akta Dadah Merbahaya 1985, kejadian jenayah meningkat ketaradan kejadian membunuh mengunakan senjata api kian menjadi jadi.

Akhir bulan lalu umpamanya polis mengesahkan kejadian tembak dihadapan Komplek Desa kepong di Ibu Negara membabitkan penjenayah yang pernah di tahan dibawah Ordinan Darurat, gerakan untuk memansuhkan akta dan ordinan darurat itu telah lama, tetapi ia semakin kuat apabila Suruhan Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) pada Jun 2006 menggesapolis menghormati keputusan makamah membebaskan 15 tahanan ordinan darurat di penjara Simpang Renggam di Johor.

Iaberikutanpolis menahan semula 10 orang banduan tersebut sebaik debebaskan dan menjalankan gerakan mencari 5 orang lagi banduan yang berjayamelarikan diri, susulan tu beberapabadan NGO serta parti politik turut mempertinkatkan gesaan supaya pusat tahanan itu di tutup.

Walaupun ramai pihak yang menyatakan kebimbangan tentang kesannya tetapi oleh kerana desakan oleh parti parti pembankang akhirnyapada 2011 perkara tersebut di bentangkan di Parlimen dan pada tahun lalu ia di mansuhkan. Semua ini berlaku kerana sebahagian besarnya mengambil mudah dan memandang ringan kepentingan akta dan ordinan yang dimansuhkanitu, Merekatermakan dengan kempen kearah perlunya masyarakat sivil, ketelusan dan sebagainya.

Jadi adakah adil kini polis dan Perdana Menteri di persalahkan, Namun sebagai pemimpin negaraDatuk Seri Najib tidak melepaskan tanggungjawabnya, beliau telah mengarahkan polis meningkatkan keupayaan, untuk itu kerajaan akan memberi segala bentuk keperluan bagi meningkatkan keberkesananpolis, selain itu Datuk Seri Najib juga menegaskan bahawa kerajaan sedia membentangkan undang undang tambahan pada sidang parlimen akan datang.

Disini kia seharusnyamenjadikan peristiwaterseut sebagai tauladan, kajilah kesan sesuatu tindakan kita secara mendalam sebelum membuat keputusan terutamanya yang melibatkan kepentingan dan kesejahteraan umum, bertindaklah secararasional dan bukannya imosional.

Ulasan

Catatan Popular