PERSAMAAN ANTARA SYIAH DAN YAHUDI - SAH SYIAH KAFIR

Sumber : akutokjanggut

Persamaan antara Syiah dan Yahudi - Sah Syiah KAFIR

Sikap golongan Syiah terhadap Sunnah Rasulullah SAW

Sikap golongan Syiah terhadap para Sahabat 

Sikap golongan Syiah terhadap Al-Quran


1. Yahudi telah mengubah-ubah Taurat, begitu pula Syi'ah mereka punya Al-Qur'an hasil kerajinan tangan mereka iaitu "Mushaf Fathimah" yang tebalnya 3 kali Al-Qur'an kaum Muslimin.Mereka menganggap ayat Al-Quran yang diturunkan berjumlah 17.000 ayat, dan menuduh Sahabat menghapuskan sepuluh ribu lebih ayat.

2. Yahudi menuduh Maryam yang suci berzina [QS. Maryam: 28], Syi'ah melakukan hal yang sama terhadap isteri Rasulullah 'Aisyah Radhiallahu' anha sebagaimana yang diungkapkan Al-Qummi (pembesar Syi'ah) dalam "Tafsir Al-Qummi (II 34)"

3. Yahudi mengatakan, "kami tidak akan disentuh oleh api neraka melainkan hanya beberapa hari saja". [QS. Al-Baqarah: 80] Syi'ah lebih dahsyat lagi dengan mengatakan, "Api neraka telah diharamkan membakar setiap orang Syiah" seperti yang dinyatakan dalam kitab mereka yang dianggap suci "Fashl Kitab (hal.157)"

4. Yahudi meyakini bahawa, Allah mengetahui sesuatu setelah tadinya tidak tahu, begitu juga dengan Syiah

5. Yahudi beranggapan bahawa ucapan "amin" dalam solat adalah membatalkan solat. Syi'ah juga beranggapan yang sama.

6. Yahudi itu berkata, "Allah mewajibkan kita lima puluh solat" Begitu pula dengan Syi'ah.

7. Yahudi keluar dari solat tanpa salam, cukup dengan mengangkat tangan dan memukulkan pada lutut. Syi'ah juga mengamalkan perkara yang sama.

8. Yahudi miring sedikit dari kiblat, begitu pula dengan Syi'ah.

9. Yahudi itu berkata "Tidak layak (tidak sah) kerajaan itu melainkan di tangan keluarga Daud". Syi'ah berkata, "tidak layak Imamah iut melainkan pada 'Ali dan keturunanannya"

10. Yahudi mengakhirkan Solat hingga bertaburnya bintang-bintang di langit. Syi'ah juga mengakhirkan Solat sebagaimana Yahudi.

11. Yahudi mengkultuskan Ahbar ('ulama) dan Ruhban (para pendeta) mereka sampai peringkat ibadah dan menuhankan.Syi' ah begitu pula, bersifat Ghuluw (melampaui batas) dalam mencintai para Imam mereka dan mengkultuskannya hingga di atas kelas manusia.

12. Yahudi mengatakan Ilyas dan Finhas bin 'Azar bin Harun akan kembali (reinkarnasi) setelah mereka bedua meninggal dunia. Syi'ah lebih seru, mereka menyuarakan kembalinya (reinkarnasinya) 'Ali, Al-Hasan, Al-Husain, dan Musa bin Ja'far yang dikhayalkan itu.

13. Yahudi tidak Solat melainkan bersendirian, Syi'ah juga beranggapan yang sama, ini kerana mereka meyakini bahawa tidak ada Solat berjama'ah sebelum datangnya "Pemimpin ke-dua belas" iaitu Imam Mahdi.

14. Yahudi tidak melakukan sujud sebelum menundukkan kepalanya berkali-kali, mirip ruku. Syi'ah Rafidhah juga demikian.

15. Yahudi menghalalkan darah setiap muslim. Demikian pula Syi'ah, mereka menghalalkan darah Ahlussunnah.

16. Yahudi mengharamkan makan kelinci dan limpa dan jenis ikan yang disebut jariudan marmahi. Begitu pula orang-orang Syiah.

17. Yahudi tidak menghitung Talak sedikitpun melainkan pada setiap Haid. Begitu pula Syi'ah.

18. Yahudi dalam syari'at Ya'qub membolehkan nikah dengan dua orang wanita yang bersaudara sekaligus. Syi'ahjuga membenarkan penggabungan (dalam akad nikah) antara seorang wanita dengan bibinya.

19. Yahudi tidak menggali liang lahad untuk jenazah mereka. Syi'ah Rafidhah juga demikian.

20. Yahudi memasukkan tanah basah bersama-sama jenazah mereka dalam kain kafannya demikian juga Syi'ah Rafidhah.

21. Yahudi tidak menetapkan adanya jihad hingga Allah mengutus Dajjal. Syi'ah Rafidhah mengatakan, "tidak ada jihad hingga Allah mengutus Imam Mahdi datang.

Sikap golongan Syiah terhadap Sunnah Rasulullah SAW

Dalam keyakinan kaum Syiah, semua hadis yang tidak berasal dari jalur Ahlul Bait tidaklah diterima.

Salah satu rujukan mereka, Muhammad Husain alu Kâsyifil Ghithâ, berkata, 

"Sesungguhnya Syiah tidak menganggap (sesuatu) sebagai sunnah, kecuali hal-hal yang telah sahih untuk mereka melalui jalur-jalur Ahlul Bait .... 

Adapun riwayat Abu Hurairah, Samurah bin Jundub, 'Amr bin' Ash, dan seumpamanya, itu tidaklah bernilai (contohnya) seekor lalat di kalangan orang-orang Syiah Imamiyyah. [Ashlush Syiah wa Ushûluhu hal. 79]

Asy-syahid Nûrullâhi At-Tastury berkata, "... (Hal itu) kerana Al-Bukhary, Muslim, dan seumpamanya adalah para pemalsu hadislagi para pendusta di kalangan Syiah. Bahkan, kerana banyak alasan, mereka menetapkan kedunguan dan pendeknya pemahaman Al-Bukhary perihal membezakan antara (hadis) sahih dan dha'if. "[As-Shawârimul Muhriqah hal. 57]
Nuffnang Ads

Lebih-lebih lagi, menurut mereka, orang yang mengambil riwayat dari selain Ahlul Bait adalah musyrik. Dalam sebuah riwayat dalam buku dipercayai mereka, disebutkan bahawa Abu Abdillah Ja'far Ash-Shadiq menyatakan, "... 
Dan sesiapa saja yang mengaku mendengar dari selain pintu yang Allah buka untuknya, dia adalah musyrik ...." [Ushulul Kafy 1/439, tahqiq Muhammad Jaafar Shamsuddin, terbitan Darut ta'aruf, Beirut, Lebanon, 1990 M/1411 H]

Juga, salah satu bab Ushulul Kafy 1/464 berjudul "Sesunggunya Tiada Suatu Kebenaran di Tangan Manusia, Kecuali dari Apa-Apa yang keluar dari Sisi Para Imam ('A), Sedang Segala Sesuatu yang Tidak keluar dari Sisi Mereka adalah Batil."

Bila keyakinan kaum Syiah terhadap hadis-hadis Nabi shallallâhu 'alaihi wa sallam yang berada di tangan kaum muslimin sudah sedemikian rupa, bermakna kaum Syiah telah menolak agama Islam ini dan mendustakan sumber kedua yang menjadi rujukan kaum muslimin. 
Allah telah berfirman,
وما آتاكم الرسول فخذوه وما نهاكم عنه فانتهوا

"Segala sesuatu yang Rasul datangkan kepada kamu, terimalah, sedang segala sesuatu yang dia larang kepada kamu, tinggalkanlah." [Al-Hasyr: 7] 

Sikap golongan Syiah terhadap para Sahabat

Dalam buku-buku mereka, terdapat riwayat dari Abu Ja'far Muhammad Al-Baqir bahawa beliau berkata, 

"Manusia adalah murtad selepas Nabi shallallâhu 'alaihi wa âlihi, kecuali tiga orang. Saya (perawi) bertanya, 'Siapakan ketiga orang itu?' Beliau menjawab, 'Al-Miqdad, Abu Dzarr, dan Salman Al-Farisy.' .... "[Raudhatul Kafy 8/198, tahqiq Muhammad Jaafar Shamsuddin, terbitan Darut ta'âruf, Beirut, Lebanon, 1990 M/1411 H]

Mereka meriwayatkan pula dari Amirul Mukmin Ali bin Abi Talib radhiyallâhu 'anhu bahawa beliau berkata kepada Qunbur, "Wahai Qunbur, bergembiralah dan berilah khabar gembira, dan selalulah merasa gembira. Sungguh Rasulullah shallallâhu 'alaihi wa âlihi meninggal, sedang beliau murka terhadap umatnya, kecuali Syiah. "[Al-Amaly karya Ash-Shaduq hal 726]

Al-Majlisy berkata, "Sesungguhnya, tergolong sebagai keharusan kebenaran agama Imamiyah: penghalalan mut'ah, haji Tamattu ', serta berlepas diri dari Abu Bakr, Umar, Uthman, dan Mu'awiyah." [Al-I'tiqadat karya Al-Majlisy hal. 90-91]

Ucapan-ucapan keji kaum Syiah terhadap para sahabat dan isteri-isteri Nabi shallallâhu 'alaihi wa sallam dalam hal ini sangatlah banyak.

Seluruh hal tersebut adalah pengingkaran terhadap Al-Quran dan Sunnah Rasulullah shallallâhu 'alaihi wa sallam yang memuji dan menyanjung para sahabat radhiyallâhu' anhum. Allah 'Azza wa Jalla telah menyifatkan orang yang jengkel terhadap para sahabat sebagai orang kafir dalam firman-Nya setelah menyebutkan sifat para sahabat dalam Taurat dan Injil,
ليغيظ بهم الكفار
"... Kerana Allah hendak menjengkelkan hati orang-orang kafir." [Al-Fath: 29]

Sikap golongan Syiah terhadap Al-Quran

Banyak kekafiran kaum Syiah dalam kepercayaan mereka tentang Al-Qur an. Seorang muslim yang mengetahuinya pasti dadanya akan sesak dengan ucapan-ucapan mereka.

Di antara keyakinan mereka adalah bahawa Al-Quran, yang berada di tangan kaum muslimin telah berkurangan dan telah diubah atau diganti.

Dalam riwayat Al-Kulîny dengan sanadnya dari Abu Abdillah Ja'far Ash-Shadiq disebutkan, "Sesungguhnya Al-Quran yang Jibrail bawa kepada Muhammad shallallâhu 'alaihi wa âlihi adalah sebanyak tujuh belas ribu ayat." [Ushulul Kafy 2/350, Mansyurat Al-Fajr, Beirut, Lebanon, cet. ke-1 2007 M/1428 H]

Dalam riwayat lain, "... Mushaf Fatimah adalah seperti Al-Quran kalian ini (sebanyak) tiga kali ganda. Demi Allah, di dalamnya tiada satu huruf pun dari Al-Quran kalian .... "[Ushulul Kafy 1/295, tahqiq Muhammad Jaafar Shamsuddin, terbitan Darut ta'aruf, Beirut, Lebanon, 1990 M/1411 H]

Nuffnang Ads
Muhsin Al-Kâsyâny, seorang ahli tafsir mereka, berkata, "Faedah yang terpetik dari riwayat-riwayat melalui jalur Ahlul Bait 'alaihimus salam adalah bahawa Al-Quran yang berada di tengah kita tidaklah sempurna sebagaimana yang diturunkan kepada Muhammad shallallâhu' alaihi wa âlihi wa sallam. Bahkan, dalam (Al-Qur `an) itu, ada yang menyalahi (firman) yang Allah turunkan, ada pula yang telah berubah lagi terganti dalam (Al-Quran). Juga sesungguhnya banyak hal telah dibuang dari (Al-Qur `an), di antaranya adalah nama Ali pada banyak tempat. Selain itu, Al-Quran juga tidak berada pada atas susunan yang diredhai di sisi Allah dan di sisi rasul-Nya shallallâhu 'alaihi wa sallam." [Tafsîrush Shafy 1/49]

Syaikh kaum Syiah, Al-Mufid, berkata, "Sesungguhnya khabar-khabar yang datang sangatlah banyak, dari para imam petunjuk dari keluarga Muhammad shallallâhu 'alaihi wa âlihi, tentang pertentangan Al-Quran dan apa-apa yang orang-orang zalim adakan berupa penghapusan dan pengurangan di dalamnya .... "[Awa` ilul Maqalat hal. 8]

Ucapan ulama Syi'ah dari dahulu hingga kebelakangan ini menunjukkan aqidah mereka, bahkan Syaikh kaum Syiah, An-Nuri At-Thabarsy, mempunyai buku khusus yang bertajuk fashlul Khithâb Fî Itsbati tahrif Kalami Rabbil Arbab (Kata Pemutus tentang Penetapan Terjadinya Perubahan pada [Al -Quran] Kalam Rabbil Arbab). Kalau ada dari kalangan Syiah yang mengingkari perubahan dan pertukaran Al-Quran, hal tersebut hanya berasal dari aqidah taqiyyah mereka.

Pegangan dan kumpulan dari Al-Quran, dengan berbagai riwayat dari masa para sahabat sehingga hari ini, semuanya tidak berlaku di kalangan Syiah.

Ahli hadis dipercayai kaum Syiah, Al-Kulîny, menyebutkan bab "Tiada yang Mengumpul Seluruh Al-Quran, Kecuali Para Imam (A), Sedang Mereka Mengetahui Seluruh Ilmu (Al-Quran)".

kemudian diteruskan riwayat dengan sanadnya dari Abu Ja'far Muhammad Al-Baqir bahawa Abu Ja'far berkata, "Tiada seorang pun dari manusia yang mengaku mengumpulkan seluruh Al-Quran sebagaimana yang diturunkan, melainkan seorang pendusta. Tiada yang mengumpul dan menghafal (Al-Qur `an) sebagaimana yang Allah Taala turunkan, kecuali Ali bin Abi Talib ('A) dan para imam selepasnya (' A)." [Ushulul Kafy 1/284, tahqiq Muhammad Ja ' far Syamsuddin, terbitan Darut ta'aruf, Beirut, Lebanon, 1990 M/1411 H]

Dalam sifat Imam Mahdi kaum Syiah, mereka menyebutkan bahawa Imam Mahdi akan keluar dengan membawa kitab baru.Mereka menyebutkan, "Telah mutawatir dari para imam yang suci shalawatullahi 'alaihim bahawa imam zaman serta utusan masa dan waktu shalawatullahi wa salamuhu' alaihi akan datang dengan kitab baru, sangat keras terhadap orang-orang Arab, dan kebanyakan tentera-tenteranya adalah anak-anak ajam (bukan Arab). "[Al-Fawa` idul Madaniyyah Wasy Syawahidul Makkiyyah hal. 532-533, Muhammad Amin dan Nuruddin Al-'Amily]

Maha Suci Allah dari kekafiran kaum Syiah. Allah telah berfirman,

إن الذين كفروا بالذكر لما جاءهم وإنه لكتاب عزيز. لا يأتيه الباطل من بين يديه ولا من خلفه تنزيل من حكيم حميد

"Sesungguhnya orang-orang yang kafir terhadap Al-Quran, ketika (Al-Quran) itu datang kepada mereka, (pasti akan celaka), dan sesungguhnya (Al-Quran) itu adalah kitab mulia. Tiada kebatilan yang datang pada (Al-Quran), baik dari depan maupun dari belakangnya, diturunkan dari Tuhan Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Terpuji." [Fushshilat: 

Ulasan

Catatan Popular