LEBIH BAIK BERTONGKAT PARUH DARI ADA SAYAP TAPI LESU DAN KAKU..!!!..

Pemuda Barisan Hadapan UMNO - Mana Kesatria Pemuda nya?

SHAH ALAM, 5 Jun 2011 - Pergerakan Pemuda Umno bakal melancarkan Briged Kesatria Pemuda Umno dalam masa terdekat untuk menjadi barisan hadapan parti dalam persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata kumpulan khas, yang dahulunya dikenali sebagai 'gerak gempur', ditubuh dan dibentuk semula bagi menjalankan tugas-tugas yang berhubung kait dengan pembabitan Pemuda dalam program utama Umno.

"Briged Kesatria yang akan diketuai oleh saya juga berfungsi menjaga keselamatan, menyuntik semangat dan menjalani latihan untuk menjadi pemimpin pelapis akan datang.

"Ini adalah kumpulan elit yang kita cari di setiap bahagian terutama di bawah umur 30 tahun," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Shah Alam di sini.

Khairy berkata sebagai permulaan, pihaknya menjangkakan keanggotaan lebih 30,000 orang di seluruh negara dan proses pemilihan akan dijalankan dalam tempoh dua bulan ini.

Anggota Briged Kesatria Pergerakan Pemuda Umno yang terpilih akan melalui kursus ala ketenteraan dan bersifat ilmiah bagi membentuk mereka sebagai pemimpin generasi akan datang, katanya.

-- BERNAMA 7 Jun 2011

Mana Brided Kesatria nya ni?


Persoalan demi persoalan makin ligat berpusing2 di benak fikiran kini. 

APA SUDAH JADI DENGAN SAYAP PEMUDA UMNO MALAYSIA KINI..???..
SEBELUM MENJAWAT JAWATAN MENTERI DULU, BUKAN MAIN GAH BERSUARA, TUBUH ITU DAN INI.. GEMPUR SANA, GEMPAR SINI..!!!..

Tapi, semuanya umpama ayam jantan berkokok sewaktu mencari ayam betina..!!! Awal nampak bukan main garang bak Ayam Sabung Jalak Lenteng, hakikat yang nampak sekarang segalanya dah terlentang..!!!

Sebelum pemilihan masing-masing punya bersemangat..!!! Berjuang demi ABATA, kini bata pun lebih berguna nampak gayanya..!!!..

Apa agenda Pemuda di bawah KJ sebenarnya..????..

YANG PASTI SEHINGGA KINI 'ZERO'..!!!!..
Azwan bro masih galak berkepit lagi ke..????..

Hampeh..!!!!

Ulasan

Catatan Popular