MAT SABU ISYTIHAR PAS TETAP KERJASAMA DENGAN SYAITAN DEMI KUASA

MAT SABU ISTIHAR PAS TETAP BEKERJASAMA DENGAN SYAITAN DEMI KUASA.......

Mat Sabu sebagai Timbalan PAS berharap tetap dapat bersama pembangkang yang didominasi oleh DAP bagi memastikan ‘matlamat’ untuk berkuasa dengan menghancurkan saudara se-Islam iaitu UMNO akan tercapai. Menurut beliau PAS harus bersama pembangkang kerana sekiranya PAS bergerak sendiri maka kemenangan mereka akan hanya setakat di Rantau Panjang sehingga Kemaman sahaja. Dengan kata lain dengan bekerjasama dengan “syaitan” maka kemenangan PAS telah melangkaui sehingga ke Selangor dan mereka seterusnya akan dapat menawan Johor.

Hanya orang kafir sahaja membawa motto “End Justice The Mean”. Namun sekarang ini kita boleh lihat dengan jelas bahawa PAS sanggup lakukan apa sahaja semata-mata untuk mengejar kuasa dan pangkat. “Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahlah DAP, Syaitan pun saya boleh terima,” – YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan, 23 Januari 1999. Adakah ini sifat sebenar seorang Islam, lebih-lebih lagi yang menggelarkan dirinya ulamak dan Mursyidal Am PAS?

Maka dengan termeterinya persahabatan PAS dengan DAP atas alasan kononnya keikhlasan DAP menerima perjuangan PAS , seharusnya pengikut PAS dapat menilai betapa munafiknya PAS kerana sebelum ini di dalam peringatan mesyuarat ke 6 Jawatankuasa Kerja Agung PAS bertarikh 22 Januari 1986, diminitkan seperti berikut,

PERKARA 5.5 – Terdapat cadangan supaya PAS menerima kerjasama/bantuan dari orang-orang yang bukan Islam. Setelah menerima pandangan dari Dewan Ulama’ Kelantan dan dibincangkan secara teliti, maka mesyuarat bersetuju:

5.5.1 – PAS sama sekali tidak boleh/dilarang bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan yang bukan Islam,

5.5.2 – PAS boleh/harus menerima bantuan/kerjasama dari individu-individu yang bukan Islam.

Nik Aziz hadir di dalam mesyuarat tersebut sebagai Ketua Dewan Ulama dan Pesuruhjaya PAS Kelantan. Menurut salah seorang saksi yang hadir di dalam mesyuarat yang bertempat di Markas Tarbiyyah PAS Pusat, Taman Melewar, Nik Aziz menentang kerjasama dengan DAP dan mana-mana Parti Politik yang tidak ‘Islamik’ berdasarkan ‘ketinggian’ ilmu agamanya.

Berbalik kepada isu Mat Sabu yang baru dilantik sebagai Timbalan PAS ini pula sememang nya bukan lagi rahsia bahawa beliau sentiasa memperjuangkan dasar-dasar DAP seperti menyokong pendirian DAP mengangkat komunis sebagai wira Negara dan menghina pasukan keselamatan Negara sebagai talibarut British.

Pada tahun 1995 Mat Sabu pernah dituduh berkhalwat dengan isteri orang di sebuah hotel di Kota Bharu, Kelantan. Mahkamah bagaimanapun menggugurkan tuduhan itu kerana isu teknikal. Malahan terdapat penyebaran video (VCD) bersama surat palsu dalam peti surat rumah Zuraida Parlimen Ampang yang kononnya dikeluarkan PAS. Malahan Mat Sabu tidak ada masalah dengan kontroversi kisah silamnya diungkit semula kerana bagi beliauianya kisah lama. Bahagian luar VCD itu memaparkan imej Mohamad – yang baru dipilih sebagai timbalan presiden PAS yang baru – dengan judul ‘Skandal Seks Mat Sabu’. Dengan kata lain parti PAS seolah-olah menghalalkan zina, liwat dan lain-lain yang sering menjadi masalah utama pemimpin pakatan pembangkang.

Memang sesuatu yang amat menghairankan apabila pemimpin yang mempunyai masalah moral yang begitu teruk terus dipilih sebagai Timbalan PAS. Sebelum ini ‘Tok Guru Haji Lah Geting’ atau namanya Tok Guru Abdullah Sa’amah adalah antara Tok Guru Pondok yang masyhur di Kelantan dengan lantang bangkit menentang PAS menerusi penulisannya dan sessi-sessi ceramah di Kelantan. Kesesatan demi kesesatan yang dibawa oleh Nik Aziz bersama PAS sudah tidak mampu lagi diterima. Mereka sanggup ‘memperalatkan Islam dan memecah belahkan perpaduan umat Islam yang majoritinya dianuti oleh bangsa Melayu.

Penentangan beliau terhadap PAS telah bermula sejak tahun 1987 apabila Nik Aziz menyatakan sifat 20 Allah SWT direka oleh Greek dan Yunani. Nik Aziz menghalalkan penumpahan darah menentang UMNO yang dianggapnya sebagai kafir kerana bekerjasama dengan MIC, MCA, Gerakan dan lain-lain parti yang diterajui oleh bukan Islam dari Sabah dan Sarawak dengan berkata,“Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid,” kata Nik Aziz di dalam kuliahnya di masjid Kg Pulau Melaka.

Pada 12 Mei 1999, Nik Aziz menekankan bahawa demi memastikan hubungan dengan DAP berjaya, PAS sanggup tidak mendirikan Negara Islam. Pada 4 Ogos 2001, Nik Aziz menekankan ketiadaan hasrat menubuhkan Negara Islam dengan berkata,“Bukan sahaja dalam manifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri perlembagaan itu.

Banyak bukti nyata telah dapat dilihat oleh rakyat akan kemunafikan PAS dalam memperjuangkan Islam. Namun begitu atas ketaksuban yang membabi buta maka segelintir bangsa Melayu memilih untuk menyertai PAS. Peluang ini dipergunakan sepenuhnya untuk berkuasa dengan pecahbelahkan orang Melayu untuk memerintah Malaysia. Oleh itu bangsa Melayu harus kembali kepada UMNO yang memperjuangkan kemuliaan Islam bukannya berpura-pura mempergunakan Islam seperti parti PAS. Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang merubahnya. Bersatulah kita demi kemuliaan Islam dan kesinambungan Melayu - MYKMU.NET

Like ·  · 

Ulasan

Catatan Popular