SINDIKET JUAL BELI MYKAD DI SABAH : SURAT TERBUKA KEPADA PM, KDN DAN BADAN2 PENGUATKUASA DI MALAYSIA

MOHON KERAJAAN BERTNDAK SEGERA TERHADAP PUAK2 YANG SEDANG MENCONTENG ARANG DAN MELETAKKAN KESELAMATAN NEGARA DI TAHAP YANG AMAT MERBAHAYA INI...!!!





Bongkar!! Surat Terbuka Buat PM Dedah Sindiket Jual Beli Mykad Di Sabah

Saudara Pengarang, SAYA, Chung Su Li, menujukan surat terbuka ini kepada Perdana Menteri Malaysia, Menteri Dalam Negeri dan Jabatan Penguatkuasa di Malaysia agar memantau kegiatan subversif iaitu pemberian kerakyatan songsang kepada warganegara India di Sabah. Siasatan saya mendapati seramai lebih kurang 100 orang warga India di Sabah dan lebih kurang 1,500 di Semenanjung Malaysia telah berjaya mendapat Kad Pengenalan dengan membayar sejumlah wang di antara RM 30,000 sehingga RM 75,000 kepada sindiket yang mempunyai rangkaian di seluruh Malaysia. 

Saya mewakili majoriti suara rakyat Sabah ingin menarik perhatian kerajaan yang sedang berusaha untuk mencari dalang-dalang dalam aktiviti menjual IC kepada warga asing, terutama daripada India, Pakistan, Indonesia dan Filipina.

HEBAT....Skandal IC Projek terbaru masih menggunakan Modus operandi yang sama iaitu laporan kehilangan kad pengenalan
Aktiviti membuat IC mengunakan wang telah mula menjadi-jadi di Sabah setelah seorang yang bernama Nasir Bin Yusof berjaya mendapatkan IC untuk dirinya pada awal tahun 2011.

Nasir Bin Yusof atau Latiff, yang berasal daripada RegunathaPatti, Tamil Nadu, India datang ke Malaysia dengan mengunakan Visa Tukang Masak di sebuah Restoran India.

Beliau kemudiannya telah berjaya membuka beberapa kedai sendiri di sekitar Kota Kinabalu, Sabah. Antara bekas Restoran beliau yang terkenal ialah Restoran Salimah berhampiran Hospital Mesra Bukit Padang dan di Terminal Inanam.

Beliau membuka kedai mengunakan nama seorang warganegara Malaysia dan menjalankan perniagaan tersebut sedangkan dia memegang Visa tukang masak pada ketika itu.

PASPORT.....Salinan Pasport India Nasir yang ketika itu menggunakan nama Kader Moideen Latheef. Mustahil Jabatan Imigresen tidak mempunyai salinan kerana beliau mempunyai Permit Kerja sebagai Tukang Masak

Pada masa itu, beliau mula mengalihkan minat beliau ke bidang lain. Atas sifat-sifat beliau yang berani dan pandai menarik hati dan memikat pegawai kerajaan dengan memberikan suapan tertentu; telah berjaya menjadi agen menguruskan dokumen kepada pekerja asing dan majikan warganegara.

Beliau menjalankan tugas khas ini sedangkan pada hakikatnya beliau hanya seorang tukang masak di kaca mata undang-undang, mengatasi Agensi Pekerjaan Swasta dan Agensi Kerajaan yang mempunyai potfolio mengeluarkan dokumen pengenalan diri.

Latiff mula menjual satu demi satu kedai beliau apabila perniagaan haramnya mula maju. Beliau tidak perlu sakit kepala lagi memikirkan tentang apa juadah yang perlu di masak di kedainya. Beliau juga tidak perlu membayar cukai perniagaan dan pendapatan. Beliau mula memberikan perhatian yang serius dalam aktiviti agen tersebut kerana sudah terkenal di Sabah.

Mengikut pemerhatian saya, beliau keluar masuk hampir setiap hari di Jabatan Imigresen Sabah (JIS). Beliau akan datang biasanya waktu petang dengan membawa beg berisi pasport dan sampul surat berwana coklat. Beliau akan terus berjumpa dengan pegawai yang diperlukannya dan mendapat layanan istimewa.

Kenapa perkara ini boleh terjadi? Latiff telah pun membeli dua organisasi penting iaitu Jabatan Imigresen Sabah (JIS) dan Jabatan Pendaftaran Sabah. Beliau merasuah hampir semua kakitangan JIS bermula daripada sumbangan sarapan pagi, makan tengah hari, minuman, alat solek, peralatan rumah dan kredit telefon bimbit. Jika disemak telefon bimbitnya, sudah tentu terdapat nombor telefon semua pegawai pegawai tinggi kerajaan terutama Imigresen, JPN dan Polis.

Latiff akan menguruskan visa pekerja asing dengan bayaran bermula daripada RM600 sehingga RM 1,000. Majikan lain yang cuba berurusan sendiri di kaunter akan mengalami pelbagai kerumitan dan kelewatan serta syarat yang sangat ketat.

Pegawai JIS tanpa segan silu akan mencadangkan kepada majikan untuk bertemu Latiff untuk memudahkan urusan mereka. Ini semua hasil tunjuk ajar Latiff. Namun setakat ini, hanya Pengarah Imigresen Sabah, Mohd Mentek sahaja yang tidak dapat dibeli kerana ketegasan dan prinsip y utuh yang dimilikinya.

Latiff tidak berjaya meraih simpati daripada Mentek yang kental dengan semangat kenegerian dan memahami masalah Sabah. Agensi Pekerja Asing yang berdaftar dengan Pasukan Petugas Khas Persekutuan hanya bermimpi di siang hari untuk mendapatkan layanan serupa dengan Latiff.

Latiff juga membantu orang ramai untuk mendaftarkan pekerja asing mereka secara haram, menguruskan penubuhan syarikat secara haram untuk memastikan warga asing dapat membawa kaum keluarga dan kerabat mereka masuk ke Malaysia melalui visa pegawai dagang.

Beliau juga mempunyai kenalan pengawai yang telah dirasuah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu terutama Pegawai Kanan Imigresen untuk membenarkan pekerja yang mengunakan visa bekerja di Semenajung Malaysia masuk bekerja di Sabah selain menguruskan urusan balik warga asing yang mempunyai masalah Imigresen.

Selain itu, beliau turut membantu orang ramai dengan bayaran tertentu untuk menguruskan dokumen lain seperti urusan membuat sijil nikah dan urusan JPN yang lain. Beliau juga sudah semakin berani apabila menjadi Setiausaha Parti Kimma sejurus mendapat IC Projeknya. Beliau mempunyai ramai kenalan dalam facebooknya terutama ahli Kimma seluruh negara.

Latiff kemudian membuka sebuah kedai setelah memiliki banyak wang, semata-mata untuk menutupi segala aktiviti haramnya. Kedai tersebut ialah JJ One Phone di Lot 57, Bandaran Berjaya, Kota Kinabalu. 

Dalam kedai ini, terdapat sekurang-kurangnya 50 pasport dalam satu-satu masa. Kedai ini dibuka untuk mengelirukan pihak berkuasa dan menutup mata orang ramai. Namun kedai ini hanya menjadi mesin 'Money Laundering' kerana hanya menjual kredit telefon dan telah memindahkan operasi haramnya ke Asia City, Kota Kinabalu.

Latiff ini berjaya melepaskan diri daripada tindakan undang undang kerana memiliki pengaruh yang kuat serta memiliki keajaiban. Beliau pernah ditahan kerana menipu dalam menurunkan tandatangan seorang majikan setelah pekerja asingnya yang ditahan di Kudat oleh Pegawai Penguatkuasa Imigresen Sabah yang dikenali sebagai Halid. Namun, kes itu ditutup tanpa sebarang tindakan.

Beliau juga berkawan rapat dengan seorang polis yang bernama Ayub kerana Ayub mengenali hampir semua polis berpangkat tinggi di Sabah kerana dahulunya mempunyai sebuah kedai runcit dalam kawasan Ibu Pejabat Polis Kepayan.

Dengan Ayub, semua kawan beliau terutama orang India boleh keluar daripada tahanan dengan mudah tanpa sebarang kerumitan. Selain itu, di setiap pusat tahanan terutama di Kimanis Papar, Latiff mempunyai orang untuk mengeluarkan sesiapa saja yang ditahan dengan mengenakan bayaran antara RM2,000 hingga RM5,000 setiap seorang dan wang tersebut akan dikongsi bersama pegawai yang terlibat.

Pendedahan saya ini khas untuk menekankan bagaimana Latiff, seorang warga India yang telah lahir semula di Malaysia dan menjadi Warganegara Malaysia seterusnya menjadi salah satu kepala dalam membuat IC di Sabah.

Mengikut rekod, Latiff atau nama asalnya, Kader Moideen Latheef yang mengunakan Passport India bernombor E3171231 yang sah sehingga 08.10.2012 dan visa juga sah sehingga hujung 2011 dengan tarikh lahir dalam pasport 10 Oktober 1972.

Kini beliau tidak lagi menggunakan pasport India setelah mendapat resit kad pengenalan Malaysia 620605-12-6421 dengan identiti dan nama baru iaitu Nasir Bin Yusof dan tarikh lahirnya di kebelakangkan pada 05 Jun 1962. Perkara ini sangat jelas menunjukan berlaku banyak penipuan yang dilakukan oleh Latiff. Bagaimana beliau boleh tua 10 tahun dalam IC berbanding Pasport beliau?

Siapakah Nasir Bin Yusof ini sebenarnya? Adakah orang yang telah meninggal atau pun orang yang tidak menuntut ICnya? Ini bukan fitnah. Saya sertakan salinan pasport dan semakan daftar pemilih beliau.

Saya percaya bahawa Tuhan akan meninggal bukti bagi menumpaskan semua kejahatan di dunia ini. Bukti yang saya berikan sangat jelas. Namun, bagaimana pula Latiff ini berjaya memiliki IC ini?
Adakah hal ini seperti yang dibangkitkan oleh Naib Presiden PAS, Dato Mahfuz Bin Omar baru-baru ini? Apa pun saya akan memberikan serba sedikit maklumat mereka yang terlibat dan terpulang kepada kerajaan Malaysia untuk menyiasatnya.

Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Orang macam Latifflah yang menyebabkan desakan terhadap RCI terus dilaungkan oleh rakyat Sabah. Saya berpendapat, penahanan beberapa individu yang saya berikan ini akan mencari penyelesaian masalah IC di Sabah.

Latiff ini berjaya mendapatkan IC beliau melalui pertolongan Datuk Haji Jaffaer Henry, bekas Pengarah JPN Sabah melalui bantuan Suzina Binti Mohd Rahfee. Puan Suzina mempunyai hubungan rapat dengan Latiff. Latiff sentiasa mengambil dan menghantar Puan Suzina apabila pergi atau balik daripada mana-mana urusan di luar negeri terutama daripada Kuala Lumpur dan Labuan.

Selain itu, Latiff sentiasa mengunakan kereta Puan Suzina apabila dia tiada di Sabah. Latiff juga menyediakan semua keperluan rumah kepada Puan Suzina. Saya hairan bagaimana Puan Suzina yang bergred KP 27 yang juga baru mengangkat sumpah sebagai Penolong Pegawai Pendaftaran pada tahun 2009 dan menerima penempatan baru di JPN Kota Kinabalu boleh menandatangani resit laporan kehilangan kad pengenalan pada tahun 2004 dan 1996?

Beliau yang baru mengangkat sumpah untuk bertugas di JPN Kota Kinabalu pada 28 Mei 2009 bertempat di 'The Regency, Tanjung Tuan Beach Resort, Port Dickson berjaya menyediakan semua dokumen secara sempurna untuk mendapatkan IC kepada Latiff; tetapi tidak berjaya membuatnya tanpa meninggalkan bukti kukuh.

Selepas berjaya mendapatkan IC, Latiff melihat perkara ini daripada sudut perniagaan. Beliau ingin mengaut keuntungan besar dengan menjual IC seperti ini. Beliau kemudianya mencari jalan dan beliau mula bersekongkol dengan rangkaian Musakkar Bin Abdullah (Kadersha) yang juga memiliki ‘IC MASIH PANAS’ yang maklumatn

Ulasan

Catatan Popular