PPSMI ANCAM SEKOLAH CINA..???
PPSMI ANCAM SEKOLAH CINA..???
IMPLEMENTASI pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris di sekolah kebangsaan akan membawa kemerosotan kepada sekolah jenis kebangsaan Cina, tetapi golongan fanatik bahasa Melayu telah menggagalkan usaha Tun Mahathir ke arah itu.
Ketika orang Melayu menjadikan isu ini sebagai "tebusan politik" untuk mengancam kerajaan, golongan pelampau Cina juga memperjuangkan supaya bahasa ibunda mereka dikekalkan bagi pengajaran kedua mata pelajaran itu kerana mereka nampak bahayanya.
Di sebalik pertembungan dua golongan fanatik ini, semacam ada pula persafahaman antara mereka.
Tetapi apakah faedah yang tidak kelihatan dan tidak disedari oleh fanatik bahasa Melayu sekiranya pengajaran sains dan matematik diteruskan dalam bahasa Inggeris di sekolah kebangsaan?
Akibat dan kesan perlaksanaan dasar inilah yang paling ditakuti oleh pejuang pendidikan Cina kerana pastinya ramai orang Cina yang berminda praktik dan meterealistik akan kembali menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan kerana kualiti dan nilainya akan lebih dari sekolah Cina.
Pandangan saya ini mungkin dianggap sebagai tidak logik atau berasaskan kepada sentimen.
Biarlah saya dedahkan sesuatu yang saya simpan tentang percakapan saya dengan dua orang pemimpin tertinggi Parti Gerakan semasa saya menjadi Menteri Penerangan yang kebetulan berlaku dalam penerbangan ke Pulau Pinang dalam masa yang berasingan.
Seorang menyatakan "Datuk kita mesti mempertahankan bahasa ibunda kita. Sains dan matematik mesti diajar dalam bahasa ibunda."
Dan seorang lagi pula menyatakan kepada saya "Datuk, jika sains dan matematik diajar di sekolah kebangsaan dalam bahasa Inggeris maka habislah sekolah Cina. Majoriti orang Cina adalah 'practical minded'. Mereka mementingkan nilai dan kualiti dalam melakukan sesuatu "
Orang pertama cuba memainkan sentimen saya dan yang kedua bercakap secara jujur dan ikhlas.
Tun Mahathir bermotif untuk mengembalikan kegemilangan Sekolah Kebangsaan dengan cepat sesuai dengan tuntutan semasa tetapi bangsanya dalam kelompok fanatik gagal membaca apa yang tersirat di sebalik yang tersurat, dihantui oleh xenophobia.
Tun Mahatir tidak bertujuan menggantikan Sekolah Kebangsaan dengan kembali kepada Sekolah Inggeris seperti yang diharapkan oleh golongan Cina yang langsung tidak berjiwa nasional tetapi beliau hanya mahu dua mata pelajaran diajar dalam bahasa Inggeris di samping memperkuatkan pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris.
Saya gembira Tun Mahathir telah menuntut supaya dasarnya yang dibatalkan kerana "tebusan politik" dipulihkan semula demi untuk "tebusan bangsa".
Dipetik daripada blog Wan Zamzuri Wan Hasenan
Ulasan
Catat Ulasan