SEKITAR MESYUARAT PERWAKILAN DAN PEMILIHAN UMNO 2013 BAHAGIAN TANJUNG PIAI
Hari ini, 19 Oktober 2013 Pemilihan UMNO berlangsung serentak bagi setiap Bahagian di seluruh negara termasuk UMNO Bahagian Tanjung Piai, Johor.
Di Bahagian Tanjung Piai menyaksikan pertandingan 3 penjuru untuk kerusi Ketua Bahagian. Calon pilihan perwakilan dari 86 Cawangan UMNO di sini, Datuk Nasir Safar berhadapan dengan penyandang Ketua Bahagian, Datuk Mohd Othman Yusof( Tok MOY) dan juga seorang lagi calon yang turut menawarkan diri iaitu Sdr. Zakaria.
Hasil dari tinjauan sehingga saat ini, kelihatan harapan warga Tanjung Piai kembali menobatkan Datuk Nasir Safar sebagai nakhoda bagi UMNO Bahagian Tanjung Piai nampak cukup cerah.
Datuk Nasir Safar menjadi pilihan para perwakilan terutama Sayap Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri di sini.
Semoga keputusan muktamad yang akan diumumkan yang dijangka pada lewat petang ini akan merealisasikan harapan dan impian warga Tanjung Piai.
Datuk Nasir Safar juga turut menawarkan diri dan mendapat sokongan jitu bagi kedudukan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO dengan no. Calon 53.
"SEMARAKKAN SEMANGAT GAGASAN 1 MALAYSIA"
"2020, NEGARA MAJU, TETAP MILIK KITA"
-Datuk Nasir Safar-
~bugatti~
Ulasan
Catat Ulasan