JANGAN PEDULI DESAKAN DONG ZONG - NAZRI AZIZ
TAHNIAH DATUK SERI MOHAMED NAZRI ABDUL AZIZ..!!!
INILAH PERUBAHAN BERPRINSIP YANG TELAH SEKIAN LAMA KAMI NANTIKAN..!!!
PEMIMPIN YANG BERANI, LANTANG, TEGAS DAN BERPRINSIP DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN DAN TINDAKAN.
YANG KURANG AJAR PERLU DIAJAR..!!!
YANG BIADAP, JANGAN GENTAR DIHADAP...!!!
Jangan peduli desakan Dong Zong
KUALA KANGSAR 26 Okt. - Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (gambar) menegaskan, kerajaan tidak akan tunduk kepada desakan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina (Dong Zong) berhubung isu tanah dalam kawasan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chin Woo di Pudu, Kuala Lumpur.
Beliau berkata, kerajaan tidak akan ambil peduli dengan pandangan Dong Zong kerana kerajaan berunding dengan lembaga pengurusan sekolah tersebut.
"Saya tidak peduli apa yang Dong Zong fikirkan. Hanya yang diputuskan oleh lembaga sekolah itu yang akan saya ambil kira.
"Kalau lembaga sekolah setuju, saya pun setuju. Kalau Dong Zong, saya tidak peduli sama dia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Karnival Membaca 1Malaysia dan Pemantauan Nilai-nilai Murni di Dewan Jubli Perak di sini hari ini.
Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Abdul Ghaffar A. Tambi; Ketua Pengarah Perpustakaan Negara, Datuk Raslin Abu Bakar dan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.
Mohamed Nazri yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas berkata, Dong Zong hanya suka menjadi pengacau dan pengkhianat kepada segala usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk rakyat berbilang kaum di negara ini.
"Bagi saya, Dong Zong tidak penting kerana cuma menjadi pengacau. Segala apa yang dibuat oleh kerajaan untuk rakyat, Dong Zong sentiasa cuba mencari pasal," katanya.
Pada Julai lalu, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan bercadang mengambil kembali tanah hak milik kerajaan di dalam SJKC Chin Woo bagi membina Kampung Budaya menerusi projek Kota Warisan Kuala Lumpur yang bernilai RM32.5 juta.
Bagaimanapun, keputusan itu ditangguhkan selepas bantahan daripada pelbagai pihak terutama ibu bapa kerana tanah berkenaan diguna sebagai gelanggang bola keranjang sejak 1938.
Ulasan
Catat Ulasan