DATUK NASIR SAFAR DIKHIANATI TAPI PERJUANGANNYA TIDAK MATI


19 Oktober 2013 menyaksikan bagaimana pejuang ini dikhianati setelah beliau bermati-mati semenjak bertahun dulu terutamanya ketika semboyan dibunyikan sewaktu PRU13. 

Tanjung Piai yang dianggap sebagai kawasan hitam dan bakal dijajah oleh pakatan pembangkang terutama DAP memandangkan kedudukannya yang bersebelahan dengan Gelang Patah di mana Lim Kit Siang diletakkan sebagai calon untuk menawan Gelang Patah. 

Secara disedari atau tidak, selain Gelang Patah, Tanjung Piai juga diintai rapi dan diatur strategi oleh DAP untuk turut dijajahi.

Ketika inilah, pejuang yang cuba disepikan dek kerana keangkuhan pemimpin2 sendiri yang diundi untuk mengemudi tapi semuanya umpama mati sepi telah bangkit berjuang dan memastikan langkah DAP telah dapat dimatikan..!!!..

Datuk Nasir Safar lah yang telah bermatian menyusun langkah demi langkah, strategi demi strategi agar Tanjung Piai terus berdaulat di bawah pentadbiran Barisan Nasional dan UMNO kekal dirahmati.

Penganjuran program di Ambang PRU13 terutama Pelancaran Tanjung Piai Bikers yang turut dihadiri oleh Yang Berhormat, Datuk Seri Zahid Hamidi telah dengan amat cemerlang dijayakan oleh pejuang ini dengan penyertaan hampir 1300 bikers sehingga sesak jalan2 di Tanjung Piai pada tarikh tersebut.

Sayangnya, segala usaha pejuang ini, demi maruah bangsanya sendiri, demi martabat Agamanya untuk kedaulatan Tanah Airnya telah dibalas dengan pengkhianatan pada 19/10/2013.

Semoga kita semua terutama warga Tanjung Piai, lebuh memahami erti perjuangan dan kesetiaan dan sentiasa diberikan keihklasan dalam perjuangan dan tulus dalm memberi sokongan terhadap tokoh pejuang yang sebenar..!!!..

Teruskan sokongan kepada Pejuang ini, Datuk Nasir Safar...!!!

Ulasan

Catatan Popular