SELAMAT HARI ULANG TAHUN UMNO : 67 TAHUN BERSATU,BERSETIA DAN BERKHIDMAT

Hari ini 11 Mei 2013, telah genap 67 tahun penubuhan UMNO yang dulu dikenali sebagai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu.

Diasaskan pada 11 Mei 1946 oleh Datuk Onn Jaafar di Istana Johor atas kesedaran betapa pentingnya orang-orang Melayu bersatu di bawah satu payung, melahirkan satu suara, satu keazaman, satu perjuangan bagi menuntut kembali hak penduduk-penduduk Tanah Melayu yang telah dijajah selama ratusan tahun akibat wujudnya petualang dan pengkhianat berbangsa Melayu sendiri yang tamak haloba,  iri hati dan dengki. Dijajah bersilih ganti dari Portugis, Belanda, British,  Jepun dan kembali ke tangan British selain selepas itu diancam pula oleh keganasan Parti Komunis Malaya(PKM).

Dengan keazaman tinggi yang ditunjangi semangat Bersatu,  Bersetia dan sama-sama Berkhidmat, pejuang-pejuang kemerdekaan telah berjaya mengharungi berbagai cabaran getir menentang Malayan Union dan akhirnya pihak British terpaksa akur dengan semangat penyatuan bangsa Melayu ini walau menghadapi berbagai cabaran getir,  akhirnya pada 31 Ogos 1957, Tanah Melayu telah berjaya mencapai Kemerdekaan. 

Sesungguhnya sedarlah wahai anak-anak Melayu bahawa UMNO bukan diasaskan hasil dari sikap tamak haloba,  sikap iri dan dengki,  namun diasaskan dengan iltizam penuh keazaman para pejuang berbangsa Melayu demi memastikan bahawa hak yang telah dirampas oleh penjajah dek kepetualangan dan pengkhianatan orang Melayu sendiri dapat dituntut kembali demi generasi pewaris bangsa.

Kini,  setelah 67 tahun penubuhannya dan hampir 56 tahun kita mencapai Kemerdekaan, UMNO yang menakhoda Barisan Nasional terus gagah dan ampuh memacu kejayaan dan kegemilangan negara yang berbilang bangsa pelbagai budaya di persada dunia dari era Tuanku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak,  Tun Hussein Onn,  Tun Dr. Mahathir Mohamed,  Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kini YAB Dato' Seri Mohd Najib B. Tun Abd Razak.

Namun, harus diingat bahawa melayu-melayu yang menjadi petualang dan pengkhianat juga masih wujud sehingga kini dengan pelbagai rupa dan menjalankan berbagai muslihat dan tipu daya bagi mencari pengaruh serta sanggup bekerjasama dengan anasir-anasir jahat dari dalam dan luar sehinggakan sanggup menjual bangsa dan menghumban jauh kesucian agama.

Teruslah Bersatu Bersetia dan Berkhidmat di bawah payung UMNO dengan sepenuh kefahaman dan bersama membentuk keyakinan perjuangan demi martabat Bangsa Melayu yang Mendaulatkan Kesucian Islam di Tanah Merdeka Malaysia.

HIDUP UMNO..!!!
BERSATU,  BERSETIA,  BERKHIDMAT.

Ulasan

Catatan Popular