PERPADUAN MELAYU ASAS KEKUATAN ISLAM

Di Malaysia,  Melayu itu dilahirkan dengan roh Islam. Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu adalah satu hakikat yang tidak mungkin dapat dinafikan oleh sesiapapun juga di negara ini termasuk Nik Aziz. Memisahkan Melayu dari Islam umpama petaka yang boleh menghancurkan Islam di Malaysia.

Nik Aziz dan seluruh pengikut PAS perlu membuka mata hati dan mengakui hakikat kebenaran yang jelas di depan mata bahawa selama ini,  semenjak Syiar Islam berkembang di segenap ceruk rantau negara  ini,  Melayulah bangsa yang terus menegakkan syiar Islam itu sejak berkurun lamanya.

Kerana negara ini dipimpin oleh pemimpin berbangsa Melayu,  maka Islam dapat terus disuburkan dan dijadikan Agama Rasmi negara dengan asas Islam dijadikan panduan pentadbiran negara. Berbagai sistem yang berteraskan Islam seperti Sistem Perbankan Islam,  Takaful dan banyak lagi kian disuburkan di bawah pentadbiran pemimpin berbangsa Melayu ini.  ISLAM TERUS SUBUR KERANA MELAYU ..!!!

Nik Aziz dan lain-lain pemimpin PAS serta pengikut-pengikutnya seringkali dan tidak pernah berkesudahan  melabelkan UMNO menolak Islam konon UMNO menolak Hukum Hudud dan hanya kerana itu,  mereka membuang bangsa dan keturunan jauh ke tepi dan seringkali mengkafirkan UMNO..!!!

Apabila diajak kembali membentuk dan mengukuhkan Perpaduan Melayu demi Islam,  Nik Aziz menolak keras dan akan meludah muka sesiapa yang datang berjumpanya untuk merealisasikan hasrat tersebut. Cukup bongkak dan angkuh sekali hati Nik Aziz. Alasannya adalah kerana konon pengkhianatan UMNO kepada PAS berpuluh tahun dahulu. Atas alasan itu Nik Aziz berdendam dan kerana dendam itu,  biarlah Islam terhempas asal hatinya puas..!!!. Menolak keras perpaduan sesama Melayu UMNO,  Nik Aziz membawa PAS bekerjasama dengan DAP yang ditunjangi oleh kafir-kafir yang terang,  jelas dan nyata menolak Islam...!!!.

Sedarkah bahawa, dengan kembali terbentuknya Perpaduan Melayu yang antara UMNO dan PAS bermakna kita akan lebih mampu meletakkan Islam itu di tempat yang lebih atas dan lebih kuat menjadi asas...!!!

Dengan menolak Perpaduan Melayu tetapi menjalin kerjasama dengan DAP yang menentang Islam,.. maka Islam diletakkan seumpama barang gadaian dan kian diinjak ke dasar paling bawah..!!!.  Itukah yang Nik Aziz banggakan..????..  Muka Nik Aziz yang sepatutnya diludah..!!!.

Ulasan

Catatan Popular