TUN M : PERJUANGAN BELUM SELESAI..!!!

Tun Dr. Mahathir B. Mohamed,
Mantan Perdana Menteri Malaysia selama tempoh 22 tahun.

Juga merupakan Mantan Presiden UMNO untuk tempoh masa yang sama.

Kewibawaan dan karismatiknya Tun M sebagai Pemimpin tiada siapa dapat menafikannya.

Daya dan gaya kepimpinannya disanjung dalam dan luar negara. Kelantangan dan keberanian Tun M melontarkan pandangan dan kecaman di pentas antarabangsa yang dikelilingi kuasa-kuasa besar dunia meremangkan roma para  pemimpin dunia.

Keyakinan dan ketelusannya membela Negara-negara Islam yang menjadi mangsa penindasan kejam negara kuasa dunia proksi Yahudi telah menyuntik semangat para pemimpin negara Islam untuk bangkit dari menjadi mangsa buli negara barat yang didominasi USA.

Di dalam negara, musuh politiknya menjadi resah dan buntu mencari lubuk kelemahannya untuk disasarkan serangan bagi melemahkan kepimpinannya.

Jambatan Pulau Pinang, Pembinaan Lebuhraya, Menara Kuala Lumpur, Menara Berkembar Petronas, KLIA, Litar F1 Sepang, Putrajaya, Cyberjaya dan berbagai lagi pembangunan dan pemodenan dirancang dan dilaksanakan ketika eranya hasil cetusan pemikiran bijak dan perlaksanaan sistematiknya.

Apakah laluannya mudah.????
Apakah tiada cabaran yang dihadapi ketika pentadbirannya..????

Tun M lah Perdana Menteri dan juga Presiden UMNO yang paling kerap dikecam dan ditentang oleh barisan kepimpinannya sendiri sama ada di dalam Kerajaan mahupun Parti.

Tengku Razaleigh Hamzah
Musa Hitam

Antara pemimpin kanan yang telah begitu keras dan kuat mengecam Tun dan bertindak memberontak menyingkirkankan Tun dari kedudukannya dan kesannya UMNO telah diharamkan.

Namun dalam masa yang singkat dengan segala usaha Tun M, UMNO telah berjaya diselamatkan dan didaftarkan sebagai sebuah Pertubuhan yang Sah semula manakala Melayu ketika itu telah berpecah belah apabila Tengku Razaleigh Hamzah bersama para pengikut dan penyokongnya membentuk Semangat 46 yang kemudiannya dibubarkan.

Anwar Ibrahim, yang dibawa masuk ke dalam UMNO oleh Tun ketika itu merupakan antara benteng yang membantu memperkukuhkan kedudukan Tun.

Anwar Ibrahim juga menjadi liabiliti kepada Tun dan UMNO apabila menjadi sasaran musuh politik dalaman UMNO sendiri dan juga Pembangkang yang menuduh Anwar sebagai seorang yang tidak bermoral kerana disyaki dan pembangkang mendakwa mempunyai bukti aktiviti tidak bermoralnya itu. Namun, Tun M tidak mengendahkan segala tuduhan terhadap Timbalannya itu yang dianggap sebagai khabar angin dan dakyah semata2 sehinggalah beliau dikemukakan dengan bukti yang tidak dapat ditolak oleh beberapa individu termasuk luahan perilaku anwar oleh Wan Azizah sendiri sebelum itu dan akhirnya Anwar yang telah dibuka laluan menggantikan Tun M telah tersingkir kedudukannya dalam kerajaan dan juga parti.

Berlaku perpecahan dalam UMNO disebabkan penyingkiran Anwar di masa yang sama Tun M terpaksa mengharungi detik kegawatan ekonomi kesan spekulasi mata wang yang didalangi oleh George Soros, bangsa Yahudi yang merupakan antara kenalan rapat Anwar Ibrahim.

Sebelum itu, Peristiwa Berdarah Memali dan beberapa cabaran getir lain lagi adalah antara yang dihadapi ketika era Kepimpinan Tun M.

Namun segalanya dapat diharungi dan Tun M juga telah berjaya memastikan segalanya kembali baik dan tersusun kembali sebelum bertindak mengumumkan perletakan jawatan.

Kesilapan saat akhir Tun M adalah tersalah memilih penggantinya.

Kesan kesilapan yang tidak terjangka itu telah menyebabkan keadaan seolah tidak terkawal dengan pelbagai masalah dari berbagai sudut sehinggalah saat ini setelah DS. Najib mengambilalih.

Kesimpulannya DENGAN MENUDING JARI MENYALAHKAN KEPIMPINAN HARI INI ATAS SEGALA YANG SEDANG TERJADI TIDAK AKAN MEMBANTU MEMULIKAN KEROSAKAN YANG TELAH BERLAKU KERANA KEROSAKAN ITU KEMUNGKINAN BESAR BEMULA DARI KITA JUGA.

APA YANG SEBAIKNYA, BERGANDINGANLAH DENGAN HATI SUCI DENGAN KELEBIHAN DIRI ANTARA KITA MENUTUP KELEMAHAN YANG ADA KITA BERSAMA BERUSAHA UNTUK KEMBALI BANGKIT GAGAH.

USAHLAH BERTELAGAH KELAK KITA SEMUA JUGA HANCUR MUSNAH.

BERSATULAH KEPIMPINAN LAMA DAN BARU KITA HARUNGI DENGAN PENYATUAN SEMANGAT MELAYU DEMI AGAMA YANG SUCI KITA DEPANI SEGALANYA DENGAN HATI MURNI YANG GAGAH BERANI.

Ulasan

Catatan Popular