Rosmah terima anugerah 'Global Inspirational Leadership'

Rosmah terima anugerah 'Global Inspirational Leadership'

KUALA LUMPUR:  
Penaung Program Permata Datin Seri Rosmah Mansor hari ini dianugerahkan 'Global Inspirational Leadership' pada majlis Penganugerahan Afrika-Timur Tengah-Asia Amazons di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.

Penganjur majlis, Pusat Pembangunan Ekonomi dan Kepimpinan (CELD) berkata penganugerahan itu sebagai mengiktiraf komitmen tinggi dan peranan serta inisiatif isteri Perdana Menteri itu yang memberi impak kepada pembangunan dan perkembangan kanak-kanak dan wanita.

"Golongan kanak-kanak dan wanita merupakan aset penting dalam membentuk dan menentukan hala tuju destinasi sesebuah masyarakat dan negara pada masa depan.

"Justeru, usaha berterusan perlu dilaksanakan sebaik-baiknya untuk membangun dan memperkasa potensi serta nilai kanak-kanak dan wanita," menurut penganjur melalui kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Menurut kenyataan itu, pada majlis sama, Rosmah turut menerima pujian kongres secara rasmi daripada Senate of the US State of Georgia yang disampaikan delegasi dari Georgia.

Rosmah tidak dapat hadir pada majlis penganugerahan itu kerana mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke majlis Konsultasi Tahunan Malaysia-Indonesia di Jakarta, Indonesia.

Beliau mewakilkan Konsul Jeneral Malaysia di Dubai Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin untuk menerima anugerah itu bagi pihak beliau.

Rosmah melalui kenyataan Pejabat Perdana Menteri itu berkata anugerah berkenaan menjadi pendorong kuat untuk beliau meneruskan usaha yang dilaksanakan selama ini.

Ulasan

Catatan Popular