DATO' SERI ERWAN TAHIR SAH KETUA BAHAGIAN PPBM P125 PUTRAJAYA







Putrajaya, Ahad, 23 Feb 2020

Akhirrnya Dato' Seri Erwan Tahir sah dinobatkan sebagai KETUA BAHAGIAN PPBM P125 PUTRAJAYA setelah berjaya memenangi pertandingan 3 penjuru perebutan Ketua Bahagian PPBM P125 Putrajaya yang telah diadakan pada Sabtu 22 Februari 2020 di Auditorium Kompleks Kejiranan Presint 16.

Dato' Seri Erwan Tahir berjaya mengalahkan KB Penaja Sdr. Hasnul Hadi Ahmad dan seorang lagi pencabar Sdr. M Kushairi Abd Ghani dalam pertandingan 3 penjuru tersebut.

Dato' Seri Erwan Tahir adalah seorang tokoh korporat dan juga pemimpin beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti EXCO YAYASAN PENCEGAHAN JENAYAH MALAYSIA, PRESIDEN PERTUBUHAN PEDAGANG DAN PENIAGA KEBANGSAAN MALAYSIA(PERDANA ) yang amat aktif. 

Beliau merupakan pendatang baru dalam arena politik tanah air dan PPBM adalah parti politik pertama yang beliau sertai.

Dengan manifesto 8 Teras 8 Agenda yang telah digariskan oleh pasukannya #teamDSET ternyata DSET & saf kepimpinannya yang juga telah memenangi kesemua jawatan yang dipertandingkan dalam PEMILIHAN PPBM KALI PERTAMA ini.

Tahniah DSET & teamDSET atas kemenangan ini dan TAHNIAH JUGA KEPADA AHLI PPBM P125 PUTRAJAYA kerana telah melakukan pilihan yang amat tepat & terbaik demi kelangsungan perjuangan BERSATU PUTRAJAYA.


-BbugattiHusni-

Ulasan

Catatan Popular