HIMPUNAN "BAJU MERAH": APA MELAYU AKAN DAPAT.???

MOHON SAMA-SAMA DAPAT DIKUPAS DAN MEMBERI JAWAPAN BALAS SECARA ILMIAH DAN PENUH KEMATANGAN TERHADAP PERSOALAN YANG PADA PANDANGAN SAYA TERHASIL DARI RASA AMAT KECEWA PROF. DATUK DR. RIDHUAN TEE B. ABDULLAH AKAN TINDAK-TANDUK PEMIMPIN MELAYU DAN PESERTA HIMPUNAN BAJU MERAH YANG AKAN BERHIMPUN DAN BERARAK SEKITAR BUKIT BINTANG PADA 16 SEPTEMBER 2015.

Dr. Ridhuan Tee Abdullah adalah seorang yang amat saya hormati sebagai seorang pejuang tulen dan amat tulus memperiuangkan untung nasib Bangsa Melayu selama ini dalam bidang penulisan beliau walaupun beliau bukan Melayu.

Cauvinis Ultra-kiasu DAP amat anti dengan beliau kerana setiap agenda penuh kebangsatan DAP celaka ini terhadap Bangsa Melayu akan pasti dikecam hebat Dr. Ridhuan Tee.

DR.RIDHUAN TEE TERNYATA LEBIH MELAYU DARI PEMIMPIN MELAYU SENDIRI DALAM MEMPERJUANGKAN NASIB BANGSA MELAYU SELAMA INI.

Namun, dalam isu Himpunan Baju Merah ini ternyata beliau bernada amat kecewa dengan tindakan yang bakal dilakukan oleh Melayu pada esok hari.

SECARA PERIBADI SAYA SEBAGAI SEORANG MELAYU YANG BERPIJAK DI TANAH TUMPAH DARAH SENDIRI DI BAWAH PEBTADBIRAN NEGARA YANG DITERAJUI BANGSA MELAYU SENADA DENGAN DR. RIDHUAN TEE.

ANDAIKATA KEPIMPINAN MELAYU ITU SENDIRI AMANAH TERHADAP TANGGUNGJAWAB KEPIMPINAN PASTINYA HATI MELAYU TAK KAN SAKIT DAN MEMBENGKAK BERNANAH BEGINI.

-Bicara Bugatti-

---------BB--------

Apa yang orang Melayu dapat dengan Perhimpunan Baju Merah?

Ridhuan Tee meminta orang Melayu melihat diri sendiri sebelum menyalahkan bangsa lain.

PETALING JAYA: Himpunan Baju Merah yang dirancang pada 16 September ini tidak akan membawa sebarang keuntungan kepada orang Melayu.

Pensyarah dan pendakwah bebas, Prof Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah berpandangan, sebelum bertindak, orang Melayu sepatutnya menghitung diri sendiri.

Katanya, berbeza dengan orang Cina yang bersatu padu dengan sumber kewangan yang kukuh, orang Melayu pula berpecah belah dan tikam menikam antara satu sama lain.

“Melayu pula bagaimana? Ekonomi jauh ketinggalan. Perpaduan entah ke mana? Merempit dan mendadah sana sini. Berpecah hampir kepada berpuluh-puluh kumpulan.

“Sesama kumpulan tikam-menikam. Masing-masing mahu berkuasa. Pendek kata, senaraikan masalah Melayu, menjela-jelalah jawabnya,” tulisnya di akhbar Sinar Harian.

Menerusi rencananya, Ridhuan Tee berkata, himpunan itu tidak akan membawa sebarang keuntungan bak kata pepatahah Melayu, “Menang sorak, kampung tergadai”.

Katanya, sekiranya penganjuran itu hanya ingin menunjukkan siapa lebih kuat, ia adalah salah.
“Mahu tunjuk siapa lebih ramai atau siapa lebih kuat? Apa yang akan kita dapat selepas itu? Menang sorak,” soalnya.

Sehubungan itu, beliau menyarankan supaya orang Melayu supaya berhenti melakukan kerja-kerja tidak bermanfaat yang secara tidak langsung merugikan bangsa mereka sendiri.

“Tumpukan perhatian untuk membangunkan anak bangsa agar menjadi manusia berguna,” katanya.

Ulasan

Catatan Popular