KANAK-KANAK KRITIKAL TERJATUH DARI ARAS 7

4 April 2015 (Sabtu)
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun kini sedang kritikal dan dimaklumkan telah dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur setelah dimasukkan di Unit Rawatan Rapi(ICU) Hospital Serdang sejurus dikejarkan ke hospital selepas terjatuh dari Aras 7, Blok B, Kuarters Apartment P14-7, Presint 14, Presint Empat Belas Putrajaya pada lebih kurang pukul 3 petang tadi.

Kanak-kanak malang ini bersama keluarganya yang tinggal di Jelebu, dikatakan datang menziarahi saudaranya yang tinggal di apartment tersebut.

Didoakan semoga adik ini dapat diselamatkan dan sihat seperti biasa.

Semoga Ibubapa dan keluarga adik ini diberikan ketabahan dan kecekalan menghadapi musibah tak terjangka ini. Sesungguhnya ini semua adalah dugaan dari Allah SWT.

Kepada semua, jadikanlah ini satu lagi peringatan buat kita semua agar sentiasa lebih prihatin dan lebih mengawasi anak-anak kita.

Kepada pihak yang bertanggungjawab terutama Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) Jab. Perdana Menteri, Perbadanan Putrajaya dapat memastikan tahap keselamatan di kuarters apartment seperti ini yang terdapat di Putrajaya dapat dipertingkatkan.

Ini bukanlah kejadian pertama yang berlaku. Beberapa tahun lalu seorang pelajar maut terjatuh di apartment di Presint 9.

Ulasan

Catatan Popular