LAKUKAN PERUBAHAN DEMI MENGHADAPI PEPERANGAN PERSEPSI


Assalamualaikum..wrt..

1. BB terlebih dahulu ingin bertanya: ADAKAH FB FANPAGE [rujuk gambar] ini BENAR-BENAR MEWAKILI SAYAP PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA..???

2. Jika jawapannya TIDAK, BB mencadangkan agar FANPAGE ini dapat diusahakan untuk dilupuskan.

3. Jika jawapannya BENAR PAGE INI MEWAKILI PEMUDA UMNO MALAYSIA, BB harap pengelola page ini atau Sdr. YB Khairy Jamaluddin atau sesiapa yang berkenaan dapat mengambil perhatian dan tindakan bagi memastikan medium saluran informasi dalam salah satu cabang media sosial ini benar-benar mampu menjadi saluran info yang juga mewakili Pemuda UMNO Malaysia.

4. Dari tinjauan BB pada pagi ini 23 Mei 2014, last update bagi page ini adalah pada 13 Mei 2014 dengan info tentang isu UMNO Terengganu. TERLALU BANYAK INFO TERKINI KEJADIAN ATAU PERISTIWA-PERISTIWA YANG BERLAKU TIDAK DISALURKAN.

5. Harus diingat, kita sedang berhadapan dengan PEPERANGAN PERSEPSI. Jika begini tingkah dan cara medium penyampaian maklumat Pemuda beroperasi, MUSTAHIL untuk ditangkis segala serangan persepsi dakyah fitnah pakatan pembangkang.

6. Keahlian bagi sayap pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mencecah lebih 600,000 ahli di seluruh Malaysia. Bertindaklah selaras dengan jumlah tersebut.

BB harap sangat agar teguran ini jangan disalah anggap. BB tegur kerana ingin terus melihat UMNO dan seluruh pergerakan sayapnya dapat terus melangkah gagah dan sepenuh keyakinan menghadapi setiap dugaan dan apa jua cabaran walau dari sudut mana sekalipun.

Perkara ini mungkin nampak kecil tetapi dalam diam memberikan kesan buruk kepada imej UMNO sebagai sebuah organisasi terbesar Bangsa Melayu.

LAKUKANLAH PERUBAHAN..!!!

Sekian. 



Ulasan

Catatan Popular