LINDUNGI KESUCIAN ISLAM..!!! DEMI KEAMANAN..!!! KEMBALIKAN I.S.A..!!!


I.S.A UBAT PALING MUJARAB MENANGANI PELAMPAU DAN PENGKHIANAT NEGARA
LINDUNGI KESUCIAN ISLAM..!!!
DEMI KEAMANAN..!!! KEMBALIKAN I.S.A..!!!

AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI atau INTERNAL SECURITY ACT (I.S.A) merupakan antara Akta Pencegahan terbaik negara yang telah sekian la sejak puluhan tahun dahulu lagi digunapakai bagi membentengi negara dari ancaman berbagai anasir merbahaya sama ada dari dalam atau luar.

Akta-akta ini tidak boleh dinafikan telah amat terbukti cukup berkesan membantu pembinaan negara bangsa sejak mencapai kemerdekaan.

Antara bukti kejayaan besarnya ialah:

1. MENGEKANG DAN MEMBANTERAS KEGANASAN KOMUNIS[PKM] SEHINGGA MELETAK SENJATA.

2. AJARAN AL-ARQAM YANG TERPESONG DAN MENGANCAM AKIDAH UMAT ISLAM BERJAYA DIKEKANG DAN DIHAPUSKAN.

3. AL-MAUNAH YANG CUBA MELAKUKAN PEMBERONTAKAN DAN TELAH BERJAYA MENYUSUP MASUK KEM TENTERA MENCURI SEJUMLAH BESAR SENJATA BERJAYA DITUMPASKAN.

Itu antara sebahagian kecil bukti kejayaan kerajaan mengekang ancaman amat merbahaya kepada negara dengan penggunaan akta pencegahan ini.

Bayangkan seandainya akta ini tidak digunapakai.

ADAKAH KEAMANAN NEGARA KITA DAPAT DIKECAPI DENGAN PENULARAN BERBAGAI-BAGAI IDEOLOGI YANG CENDERUNG KEPADA KEGANASAN DI DALAM MASYARAKAT YANG BERBILANG BANGSA, BERBAGAI PEGANGAN AGAMA DAN BUDAYA NEGARA INI..???

MAMPUKAH KEAMANAN DINIKMATI..???
TANPA KEAMANAN MAMPUKAH NEGARA MENCAPAI KEMAJUAN..???

NEGARA YANG TIDAK AMAN MENGHALANG KEMAJUAN NEGARA..
NEGARA YANG SENTIASA TERGUGAT KEAMANANNYA, JENAYAH TIDAK TERKAWAL, KEHIDUPAN RAKYAT TERANCAM BUKTI KEGAGALAN dan KELEMAHAN PIHAK PENTADBIRAN KERAJAAN YANG MEMERINTAH dan PERLU DITUKAR..!!!.

Inilah sebenarnya yang sedang dilakukan oleh pihak pembangkang di Malaysia di bawah Pakatan Rakyat...!!!

Hasrat mereka yang utama adalah mengambil-alih pentadbiran negara.
Keamanan dan Kemajuan yang dikecapi negara selama ini menjadikan hasrat keji mereka tidak mungkin kesampaian. 

ADALAH MUSTAHIL MEMPENGARUHI RAKYAT MEMBERIKAN SOKONGAN KEPADA MEREKA KETIKA KERAJAAN UMNO/BN MEMERINTAH DENGAN AMAT BAIK DAN MAMPU MENGEKALKAN KEAMANAN DAN KEMAJUAN DIPACU DENGAN AMAT BAIK..

Untuk itu mereka perlu mengatur STRATEGI KEJI [STRAKEJI] memastikan apa yang menjadi TERAS kepada KEAMANAN yang menjadi PEMANGKIN KEMAJUAN NEGARA TADBIRAN KERAJAAN yang ditunjangi UMNO/BARISAN NASIONAL dibuang dan dimusnahkan..!!!.

Dakyah fitnah dan segala tohmahan mereka tidak kesampaian selagi ada I.S.A..!!!
Penyampaian ideologi yang lebih menjurus kepada perpecahan kaum tidak mampu meresapi rakyat selagi ada I.S.A..!!!
HASRAT MEREKA MENGUASAI NEGARA DIHALANG OLEH I.S.A..!!!

Pada mereka I.S.A yang menjadi TERAS UTAMA PENGHALANG hasrat mereka ini walau apa cara sekalipun perlu dihapuskan..!!!.

Untuk itu, I.S.A menjadi sasaran utama mereka untuk diasak dan dihapuskan.
Propaganda memburukkan I.S.A dipergiatkan..!!!
Mempergunakan undang-undang melalui Majlis Peguam untuk memusnahkan undang-undang..!!!
Menjulang para penjenayah untuk mengasak dan menyerang organisasi penguatkuasa undang-undang iaitu PDRM..!!!
Mempergunakan alasan hak asasi manusia yang dikelirukan dan menafikan hak asasi rakyat majoriti..!!!

Dasar keterbukaan kerajaan di bawah Gagasan 1Malaysia seolah menjadi ruang terbuka merealisasikan hasrat keji mereka..!!!

AKHIRNYA RUNTUHLAH I.S.A YANG MENJADI TERAS UTAMA KEAMANAN NEGARA APABILA KERAJAAN GAGAL MEMAHAMI DAN MEMPERHALUSI SERTA TIDAK TEGAS MENANGANI HASRAT KEJI MEREKA INI DAN TERPERANGKAP DENGAN DESAKAN BERTERUSAN MELALUI PROPAGANDA MEREKA.

KEAMANAN KINI KIAN RAPUH..REPUT MENANTI RUNTUH..!!!
DI DADA-DADA AKHBAR PENJENAYAH KIAN RAKUS..!!!
AJARAN DAN FAHAMAN SESAT KIAN PESAT..!!!
HASUTAN DEMI HASUTAN KIAN MENGUSUTKAN..!!!
SEJARAH NEGARA KINI CUBA DITUKAR SESEDAP SELERA..!!!

Fikirkan sebaiknya..BERTINDAKLAH SEBELUM HILANG SEGALANYA..!!!

KEMBALIKAN I.S.A..!!!

Ulasan

Catatan Popular