CALON PILIHAN KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO PUTRAJAYA



SDR. AHMAD FAISAL B. ABDUL KARIM
a.k.a
TOM FAISAL

CALON KETUA PEMUDA UMNO PUTRAJAYA


Pemilihan Sayap Pemuda UMNO bagi Bahagian Putrajaya pada kali ini menyaksikan 3 Exco Pemuda UMNO Malaysia dari Putrajaya iaitu, Datuk Zaki Zaki Zahid, Ketua Pemuda UMNO Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz dan Hishammudin tidak akan bertanding lagi bagi apa2 jawatan dalam barisan Sayap Pemuda Umno Putrajayakerana ketiga2nya telah melewati had usia. Hanya seorang lagi sahaja antara 4 Exco Pemuda UMNO Malaysia dari Putrajaya yang masih layak untuk bertanding merebut jawatan dalam sayap pemuda Umno Putrajaya iaitu Datuk Khairun Aseh, anak kepada Tan Sri Aseh, Presiden Perbadanan Putrajaya.


Namun, berdasarkan pengamatan dan penilaian majoriti warga pemuda UMNO Putrajayan yang akan menjadi penentu yang akan membuat pemilihan, Datuk Khairun yang dilantik SUPOL kpd PM nampaknya BUKAN CALON PILIHAN..!!!

Antara alasannya;

1. Datuk Khairun GAGAL menghadirkan diri dalam majlis-majlis, program2 dan aktiviti2 anjuran Pemuda UMNO Putrajaya dan anjuran UMNO Putrajaya sendiri. Kelibatnya hanya sekali dilihat di Putrajaya iaitu ketika persidangan bahagian yang lalu.

2. Datuk Khairun TIDAK pernah menganjurkan apa2 program di Putrajaya.

3. Datuk Khairun TIDAK LANGSUNG menunjukkan sikap profesional sebagai seorang yang bertaraf EXCO dan dikatakan tidak pernah menunjukkan muka membantu kempen PRU13 bagi mempertahankan kedudukan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Banyak lagi alasan yang menjadi sebab musabab Datuk Khairun tidak dikehendaki di Putrajaya.

Sebelum ini diberitakan melalui beberapa sumber terutama dari para blogger amnya dari luar dan khasnya dari Putrajaya menyataka hasrat Datuk Khairun bakal bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO Putrajaya dan dikatakan telah mengadakan satu majlis dgn menjemput KPC dari beberapa cawangan baru di Putrajaya.

Atas banyak alasan antaranya spt yang dinyatakan, hasrat tersebut mendapat tentangan cukup hebat dan cukup hangat dikalangan penggerak2 Pemuda UMNO Putajaya dan akhirnya dimaklumkan Datuk Khairun berundur dan mematikan hasratnya tersebut.

SIAPA CALON KETUA PEMUDA UMNO PUTRAJAYA..???

1. Beliau merupakan PSU Pemuda UMNO Putrajaya.
2. Beliau tinggal di Putrajaya.
3. Beliau tidak pernah gagal hadir dan memberikan komitmen dalam setiap program yang dianjurkan.
4. Beliau merupakan orang paling rapat dengan Ketuanya dan menjadi harapan dan tulang belakang kepada Datuk Zaki Zahid.
5. Seorang yang boleh dan mampu hadir tidak kira masa dan tempat.
6. Beliau boleh bekerjasama dengan siapa saja antara EXCO2 Pemuda tersebut.
7. Beliau seorang yang cukup sederhana.
8. Beliau seorang yang cukup prihatin dan bersedia mendengar buah fikiran, pandangan dan kritikan dari akar umbi walau dari seseorang yang tidak dikenali.
9. Beliau TIDAK KAYA DAN TIDAK BERDUIT.
10. Beliau tidak mempunyai pengaruh keluarga dalam politik.

BELIAU DIKATAKAN TELAH MEMOHON RESTU DARI KETUA UMNO PUTRAJAYA, DAN DATUK SERI TENGKU ADNAN B. TENGKU MANSOR JUGA DIKATAKAN MERESTUI HASRAT BELIAU.

BELIAU YANG DIKATAKAN AMAT LAYAK MENERAJUI PEMUDA UMNO PUTRAJAYA BAGI PEMILIHAN KALI INI IALAH;

SAUDARA AHMAD FAISAL B. ABDUL KARIM yang juga dikenali sebagai TOM FAISAL..

Kepada Sdr. Tom Faisal, berdasarkan pengamatan hasil penilaian selama bertahun dalam penggal yang lalu, serta dengan ciri2 yang ditunjukkan oleh saudara selama ini, anda mampu mendapat sokongan sebulat suara dan InsyaAllah, saudaralah yang akan dinobatkan untuk menakhoda Pergerakan Sayap Pemuda UMNO Putrajaya..!!!.

Semoga Pemuda Putrajaya makin mantap dan makin jelas arah dan hala tuju di bawah kepimpinan saudara.. InsyaAllah..!!!.

Ulasan

Catatan Popular