Insan Yang Diuji

INSAN YANG DIUJI

Insan yg baik hati biasanya memiliki paling banyak perkara. Merekalah yang paling  banyak memberi, banyak menyayangi, banyak membantu, banyak mempercayai.... Cuma sahaja, biasanya merekalah jg yg paling banyak dilukai. Sebagai manusia biasa mereka jg insan yg lemah. bila sering dilukai, luka itu boleh saja menjadi parah dan tidak terkendali. Parutnya mungkin tidak hilang dan terus menerus mengungkit2 memori yg kejam. maka berhentilah menjadi 'hakim yg mengadili' kerana kita tidak tahu apakah yg pernah seseorg itu lalui. Ingat, tiba saatnya kita juga akan diuji dan diadili.

Tentu sesekali pernah juga ketenangan hidup kita teruji, iaitu ketika kita umpama tersesat ditempat yg asing, meskipun sebenarnya berada ditempat sendiri; saat2 kita hilang meskipun kita dikelilingi oleh org2 yg kita kenali; umpama kehidupan yg porak peranda meskipun memiliki keluarga yg bahagia; rasa spt tidak punya apa2 sedangkansegala2nya adadi depan mata; hidup ygtidak bermakna sdgknseluruh 'dunia' memerlukan kita. Akal kita tercabar, emosi kita menguasai, dan alam fizikal kita seolah2 lumpuh... dankita hilang percaya diri... seolah2 spnjg hidup kita tidak pernah melakukan kebaikan.

Bukankah pada ketika itu kita tidak ingin mbuat sbrg penjelasan atau mjwp sbrg pertanyaan.???!!,.berharap agar hari2 berlalu dgn pantas dan kita tidak perlu menoleh kebelakang.

Kasihanilah dia yg dimatamu tlh melakukan trlalu banyak kesilapan, dia mungkin insan baik hati yg telah begitu banyak dilukai.

Ulasan

Catatan Popular