BANJIR : MUSIBAH YANG MENUNTUT AGAR KITA KEMBALI BERMUHASABAH

Adalah lebih beruntung mempunyai seorang Perdana Menteri yang walaupun berada di luar negara ketika musibah menimpa tetapi tidak lupa menjalankan amanah yang diberi dengan memastikan segala yang diperlukan untuk memastikan setiap nyawa rakyat yang dilanda keperitan dibantu dan diringankan bebanan.

Dari jauh dipastikan setiap masa Timbalan yang menggantikannya telah melakukan segala yang perlu dan diarahkan segera dijalankan. Nyawa setiap mangsa jadi keutamaan, segala agensi, seluruh aset dikerahkan memastikan segalanya tidak diabaikan...!!!..

RM50 juta segera diluluskan agar segala terurus, setiap mangsa dibela sehabis daya..!!!.

Segalanya disaksikan didepan mata..!!!. Atas keprihatinan dan arahannya maka ratusan ribu rakyat yang ditimpa bencana tanpa mengira fahaman politik, tanpa memperdulikan sempadan negeri jajahan takluk yang ditadbir mereka yang mengutuk dan mengejinya dipastikan nasib rakyat dapat diselamatkan sepantasnya tatkala pihak pebtadbiran negeri  yang sepatutnya lebih awal bertanggungjawab hilang tanpa bayang, lebih awal cabut selamatkan diri sendiri kemudian berlakon konon merekalah hero terbilang sambil mengutuk pihak yang benar2 membantu semata2 bagi menutup malu diri dengan menyebarkan segala dakyah fitnah cukup keji tanpa sedikitpun terfikirkan segala dosa dan pahala kerana ingin terus berkuasa walau diri bersifat amat dayus..!!!!..

MUSIBAH YANG MENIMPA MENUNTUT KITA SEMUA MEMBUKA MATA, MUHASABAH SETIAP PERLAKUAN DIRI SENDIRI AGAR KEINSAFAN HADIR DIHATI MENINGGAL SEGALA PERBUATAN KEJI.

INSAF DAN BERTAUBATLAH SEBELUM MATI..!!!
TINGGALKAN SEGALA HASAD DAN DENGKI..!!!
AGAMA YANG SUCI USAH SESEKALI DIJUAL BELI KERANA TAMAK DAN PENTINGKAN DIRI..!!!..

INGATLAH BAHAWA ALLAH SEDANG MENEGUR, MASIH MEMBERI PELUANG SEBELUM KITA KE LUBANG KUBUR..!!!!..

Ulasan

Catatan Popular