WAJARKAH SELANGOR TERUS DIBERI KEISTIMEWAAN OLEH PERSEKUTUAN..???!!!

Sumber : MELAYU BANGKIT HUMBAN DAP


Wajarkah Selangor Terus Diberi Keistimewaan Oleh Persekutuan?


TERKEJUT penulis lihat di Buletin Utama tadi, bila mendengar sejumlah besar wang diperuntukkan oleh kerajaan persekutuan bagi membiayai beberapa projek rakyat di Selangor. Untuk projek tebatan banjir sahaja, sejumlah RM 45 juta diperuntukkan.

Ini adalah tambahan kepada RM 400 juta dalam bentuk subsidi tol di 13 buah konsesi lebuhraya dalam bandar, 90% daripadanya betul-betul berada dalam negeri Selangor.

Yang luar Selangor macam SMART pun, tetap ada sebahagian dari lebuhraya itu yang masuk dalam negeri Selangor juga akhirnya.

Persoalannya sekarang, wajarkah wang yang banyak ini dibelanjakan untuk Selangor sahaja oleh kerajaan persekutuan bila mana negeri itu bukan negeri yang BN perintah pun? Malah kalau ikut prestasi dalam PRU13 (DUN), rakyat Selangor bukan menerima BN tapi menolak lebih jauh lagi.

Tak berapa lama dulu Kelantan dapat peruntukkan RM 2 billion, sekarang Selangor pulak.

Ini lagi sedaplah Khalid Ibrahim menyimpan duit. Dia nak cukai macam-macam untuk tampung kenaikan gaji pembesar-pembesar Pakatan di Selangor sehingga cecah 373%, kerajaan persekutuan pula salur banyak wang untuk projek rakyat yang sepatutnya jadi tanggungjawab kerajaan negeri.

Antara cukai dan bayaran perkhidmatan yang dinaikkan Pakatan di Selangor selepas PRu13 ialah cukai pintu (120%), cukai tanah (800%), sewa rumah PPR (100%) dan macam-macam lagi.

Itu tak sebut caj pemajuan bagi setiap rumah siap dibina (bukan rumah jual) sebanyak 30% yang perlu dibayar kepada kerajaan negeri.

Kira banyaklah duit tu, kenapa pula kerajaan persekutuan nak tunjuk baik dengan melimpahkan lagi banyak wang kepada negeri tersebut?

Padanlah Khalid berbangga dengan rekod tidak berhutang dengan kerajaan persekutuan (entah betul, entah tidak), rupanya dia lenggang kangkung kerana kerajaan persekutuan masih tabur banyak wang untuk negeri tersebut.

Ini tidak adil kepada negeri-negeri lain yang beri sokongan besar kepada BN.

Justeru, penulis saran supaya pendekatan ini diubah. Jangan dibantu lagi negeri-negeri ini (Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor), biar pandai dialah nak uruskan negeri itu macam mana. Lagipun rekod menguruskan dana persekutuan oleh negeri-negeri ini, tidaklah sebaik mana.

Contoh Selangor, tengok rekod peruntukkan dari MARRIS untuk kerja-kerja selenggara jalan yang diperuntukkan kerajaan persekutuan, mana duit tu pergi sebab penulis lihat sendiri jalan di negeri itu bukan makin elok, malah lagi teruk?

Maksudnya, bukan buat jalan, tapi entah apa belanja lain yang tidak bermotifkan kepentingan rakyat.

Tak hairanlah kenapa kos membayar gaji Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi yang sepatutnya RM 12 setahun (RM 1 sebulan), tiba-tiba melambung jadi RM 150,000. Mana datang tambahan RM 149,988 lagi tu?

gambar takdak direct link dengan artikel, melainkan berlaku dalam negeri Selangor

Ulasan

Catatan Popular